29/07/2021

Ahmad Hanizam

Kebebasan Kewangan Untuk Semua!

Saham

Apa itu saham?

Apa Maksud Saham dan Pasaran Saham?

Saham ialah pegangan sebahagian hak milik sesuatu syarikat dalam perniagaan. Pegangan saham dalam bentuk ekuiti.

Contoh mudah ialah apabila anda membeli sebahagian kecil/besar saham dari syarikat A, bermakna anda adalah pemilik sebahagian daripada syarikat A.

Pasaran saham pula ialah pasaran stok atau pasaran ekuiti di mana ianya tempat untuk saham dalam syarikat dijual dan dibeli (didagangkan).

Bagaimana Saham Didagangkan – Pertukaran dan OTC (Over-The-Counter)

Proses edaran instrumen kewangan dalam pasaran saham dibahagi kepada  dua iaitu :

➢ Pertukaran (Exchange)

Dagangan saham diuruskan oleh bursa, mempunyai prosedur untuk menjalankan perdagangan dan senarai saham untuk di niaga. Tersenarai dalam bursa saham secara rasmi.

➢ OTC (Over-The-Counter)

Pasaran OTC wujud diluar bursa dan kurang penyeliaan. Ianya lebih bebas. Transaksi dilakukan di mana pelanggan dan broker melakukan transaksi peribadi tanpa pertukaran orang tengah. Tidak tersenarai dalam salah satu bursa saham. Lebih kepada pasaran saham tidak rasmi.

Indeks Pasaran Saham

Indeks digunakan sebagai satu penanda aras untuk mengukur prestasi bagi portfolio seperti mutual fund. Indeks pasaran saham adalah nombor tunggal yang dikira daripada harga saham berbeza.

Terdapat banyak pecahan indeks pasaran saham, antaranya yang selalu disebut-sebut kerana didaftarkan di bursa saham terbesar ialah Indeks Perindustrian Dow Jones, S&P Index, Nikkei 225, DAX Jerman dan lain-lain.

Bull and Bear Markets, Short Selling Pasaran Bull & Bear dan Short Sell.

Bull merujuk kepada sentimen menaik jika majoriti saham dalam pasaran naik secara berterusan akan dipanggil Bull Market. Manakala Bear adalah sebaliknya iaitu merujuk kepada pasaran saham yang menurun secara berterusan dipanggil Bear Market.

Short Selling pula ialah urusniaga “sell first, buy later”. Pelabur perlu mempunyai pegangan saham dahulu sebelum dibenarkan menjual. Short sell berlaku apabila pelabur meminjam saham dari broker dan jual saham tersebut kemudian pelabur harus beli semula saham yang sama dan gantikan saham yang telah dipinjam tadi. Selalunya berlaku apabila pelabur menjangkakan harga saham akan jatuh.

Jenis-Jenis Saham

Ada beberapa jenis saham dalam dunia pelaburan. Antaranya ialah :

➢ Saham Biasa (Common Share) – Saham yang biasa dilihat di Bursa Malaysia. Pembeli saham mempunyai pegangan atau bahagian dalam syarikat tersebut dan layak menerima Dividen, Right Issue & Bonus Issue juga berhak mengundi sewaktu AGM (Annual General Meeting). Kadar dividennya tidak tetap dan bergantung kepada keuntungan syarikat, sekiranya syarikatnya menjadi bankrap, pemegang saham biasa akan dibayar setelah pemiutang, pemegang bon dan pemegang saham keutamaan dibayar terlebih dahulu.

➢ Saham Keutamaan (Preference Share) – berbeza dengan saham biasa, pulangannya lebih terjamin. Selalunya akan menerima agihan dividen dahulu berbanding saham biasa walaupun syarikat untung atau rugi tetapi kadarnya tetap dan lebih tinggi dari pemegang saham biasa. Pemegang saham keutamaan tidak mempunyai hak mengundi seperti pemegang saham biasa.Nak kenal saham jenis ini mudah iaitu ada huruf -PA dibelakang nama kaunter contohnya Connect-PA.

● Bursa Malaysia

Dahulu dikenali sebagai Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL). Satu laman pasaran yang menjadi tempat jual beli antara pelabur dan syarikat. Bursa Malaysia berfungsi sebagai tempat di mana syarikat yang ingin menaikkan modal untuk memajukan perniagaannya akan membuka apungan syarikatnya secara awam dan bahagian daripada syarikat itu akan dijual kepada pelabur individu atau institusi. Untuk urusan jual beli saham ini haruslah melalui seorang broker yang berdaftar.

● Waktu Dagangan

Waktu untuk trading saham adalah mengikut negara masing-masing, begitu juga di Malaysia. Jika anda seorang pelabur baru, sila ambil tahu tentang perkara ini. Kebiasaannya waktu trading di Bursa Malaysia bermula jam 8.30pagi sehingga 5 petang. Rujuk jadual di bawah.

Belajar Ilmu Saham

Sebelum membeli dan menjual saham, bakal pelabur dinasihatkan untuk melengkapkan penyelidikan asas dengan analisis teknikal yang merangkumi pergerakan harga.

Sekiranya anda mencari jangka masa yang pendek, analisis teknikal yang dilakukan pada harga saham seharusnya lebih berat daripada yang asas.

Terdapat dua analisa yang yang terdapat dalam pelaburan saham. Ketahui jenis analisa yang bersesuaian dengan tahap risiko dan jenis pelaburan saham yang ingin diambil.

Analisa menyeluruh (Fundamental Analysis)

‘Fundamental Analysis’ adalah analisa untuk mengkaji latar belakang sesebuah syarikat menggunakan faktor faktor ekonomi. Biasanya, analisa ini dapat diperoleh melalui penyata kewangan syarikat tersebut, sumber berita dan statistik industri.

Fundamental analysis adalah sesuai untuk pelabur yang ingin melabur untuk jangka masa yang panjang. Contoh konsep fundamental analysis adalah Retun of Equity (ROE), Return on Asset dan aliran tunai diskaun (discounted cash flow).

Analisa Teknikal (Technical Analysis)

Teknikal analisa pula, adalah dengan mengkaji pergerakan harga saham menggunakan carta. Sumber analisa ini adalah melalui carta dan graf saham sahaja.

Tidak seperti fundamental analysis, analisa teknikal adalah sesuai untuk pelaburan jangka pendek. Contoh konsep teknikal analisa pula adalah garis arah (Trendline), corak pembalikan (Reversal Pattern) dan Overbought.

Kesimpulan

Secara amnya, terdapat banyak cara yang tersedia untuk membantu bakal pelabur untuk melabur saham. Antaranya adalah sumber pendidikan di laman web broker individu dan pihak ketiga, analisis pasaran, kursus dan bengkel online dan secara langsung, dan akaun simulator stok.

Kesimpulannya, seperti yang telah dibincangkan diatas, bakal pelabur perlulah belajar cara melabur saham yang betul sebelum mula melabur.

Tiada pelaburan yang bebas seratus peratus daripada risiko kerugian. Maka, pelabur perlulah bersikap rasional dan mencari sumber dan syarikat yang mempunyai asas perniagaan yang baik.