19/09/2021

Ahmad Hanizam

Kebebasan Kewangan Untuk Semua!

Jom Saya Terangkan Apa Itu Unit Trust

Unit Trust atau Unit Amanah adalah salah satu jenis pelaburan yang terdapat di Malaysia. Biasanya Unit Trust ini dilaburkan untuk satu jangka masa yang sederhana hingga panjang. 

Pelabur dinasihatkan untuk melabur sekurang-kurangnya dalam tempoh 3-5 tahun, akan tetapi lebih lama masa dilaburkan adalah lebih baik.

Unit Trust adalah skim pelaburan kolektif yang mengumpul simpanan sebilangan besar pelabur. 

Wang yang dikumpul dilaburkan oleh pengurus dana (Fund Manager) dalam pelbagai jenis saham, bon, atau sekuriti lain dalam perkadaran yang pelbagai bergantung kepada objektif dana.

Secara mudahnya, kita ramai-ramai masukkan duit kita kat satu dana yang diuruskan oleh suatu syarikat pengurusan dana yang dipanggil “Syarikat Pengurusan Unit Amanah” atau ringkasnya UTMC (Unit Trust Management Company). 
UTMC ini pula akan laburkan duit kita dalam pelbagai portfolio yang diluluskan seperti sekuriti, bond ataupun aset-aset lain dalam syarikat-syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia atau pasaran ekuiti di luar negara.

UTMC ini mestilah yang diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti (Securities Commission – SC) dan terikat dengan beberapa akta perundangan. 

Selain daripada SC, beberapa pihak lain juga terlibat dalam mengawal-selia industri skim unit trust ini demi menjaga kepentingan para pelabur, antaranya ialah Pemegang Amanah (Trustees), Juruaudit (Auditors), FIMM dan Kementerian Kewangan. Yang penting kat sini, syarikat-syarikat tu “diluluskan”.

Dalam skim unit trust, para pelabur tak membeli sekuriti/stocks secara direct dalam portfolio. 

Pemilikan dana (portfolio) akan dibahagikan kepada unit dan pelabur-pelabur dikenali sebagai ‘pemegang unit’ (unit-holders).

Pelabur unit trust bukannya pemegang saham dlm sesuatu syarikat yang dilaburkan, sebaliknya merupakan benefisiari di bawah amanah yang diwujudkan oleh UTMC.

Mengikut perlembagaan atau ‘surat ikatan’ (the deed) skim unit trust, mesti terdapat pemegang amanah (trustee) untuk menjaga kepentingan pelabur. 

Trustee adalah pemilik sah ke atas semua aset dalam skim unit trust bagi pihak pemegang unit.
Nilai atau harga satu unit dalam skim unit trust dikenali sebagai “Nilai Aset Bersih” atau “Net Asset Value – NAV” per share. 

Satu unit dalam skim unit trust merupakan ‘bahagian’ berkadar daripada jumlah perlaburan yang terkumpul. 
Jadi, apabila nilai pelaburan dalam portfolio skim unit trust meningkat atau menurun, maka NAV juga akan turut meningkat atau menurun. 

Dalam beberapa skim yang ditaja oleh kerajaan (contohnya ASB) dimana portfolio tak tertakluk kepada perubahan nilai, NAV ditetapkan pada RM1.00. 

Tak seperti dalam stocks, di mana harga boleh berubah-ubah pada setiap kali urus-niaga, NAV bagi sesuatu unit trust fund hanya dikira pada setiap penutup hari urus-niaga. 

Jadi NAV sesuatu fund akan disebut-harga/disiarkan di surat khabar utama atau halaman web UTMC berkenaan pada keesokan hari urus-niaga.

Pendapatan yang diperoleh melalui pelaburan ini adalah peningkatan modal (capital gain) yang dihasilkan oleh skim itu, selepas ditolak kos urus niaga dan perbelanjaan mengurus dan mentadbir dana itu dibayar kepada pemegang unit dalam kadar bilangan unit yang dimiliki oleh mereka. 

Ada juga yang memberikan pulangan dalam bentuk agihan (cash distribution) atau pun biasanya orang kate dividen.
Skim unit trust memberi peluang pelaburan untuk pelabur-pelabur kecil mengakses dengan mudah pelbagai jenis pelaburan yang pada kebiasaannya sukar diakses.

Bayangkan kalau kita nak invest secara langsung atau membeli stock dalam sesuatu syarikat ‘blue-chip’ yang besar seperti TNB, Telekom, Maxis etc…berapa puluh ribu ringgit kita kena ada untuk membeli satu lot stock… itu belum kira kos broker saham dan lain-lain lagi. 

Tetapi dengan skim unit trust, kita berpeluang melabur dalam stock-stok ini, bukan setakat satu syarikat malah dalam pelbagai syarikat. 

Inilah yg dipanggil kepelbagaian atau “diversification’ yang mana dapat mengurangkan risiko kalau melabur dalam satu portfolio sahaja.

Kebanyakan dana unit amanah di Malaysia adalah dana terbuka (dana menjual unit sebanyak anda dan pelabur-pelabur lain inginkan dan membeli seperti yang banyak unit yang anda mahu menjual). 

Ini menjadikan dana unit amanah pelaburan yang sangat cair (liquid) – walaupun harga di mana anda menjual boleh kurang daripada harga pembelian anda jika nilai dana telah menurun.

Anda boleh membuat pelaburan permulaan serendah RM1,000 dan membeli unit tambahan apabila anda mempunyai lebih banyak wang atau melabur jumlah yang ditetapkan pada jadual bulanan tetap melalui akaun bank. 

Oleh itu, unit amanah adalah pelaburan yang paling sesuai untuk seseorang yang mempunyai tahap kewangan yang biasa-biasa kerana ia menawarkan peluang untuk melabur dalam pelbagai portfolio, diuruskan secara profesional.

Please follow and like us: