27/07/2021

Ahmad Hanizam

Kebebasan Kewangan Untuk Semua!

Perkembangan Status Pelaburan Unit Trust

Kalau ikut pada pelaburan saya ni, apa yang patut saya buat, bang?

Respon ni yang saya dapat bila setiap kali saya kemas kini dan submit laporan perkembangan pelaburan para pelabur di bawah seliaan saya.

Yang paling utama, saya jelaskan kedudukan terkini prestasi pelaburan beliau sama ada telah untung dan berapa peratus, rugi dan berapa peratus atau masih tak berubah.

Bergantung kepada pengetahuan pelabur juga, ada yang cuma nak tahu perkembangan dan juga ada yang excited untuk tambah pelaburan jika prestasi baik ditunjukkan.

Jika sebaliknya iaitu rugi, ada beberapa pilihan untuk uruskan bagaimana dan teknik tersebut akan saya kongsikan dengan para pelabur saya.

Lagipun unit trust ini adalah pelaburan yang sesuai untuk mid to long term. Jika pulangan atau untung itu dapat lebih cepat, itu adalah bonus.

Apa yang penting ialah untuk mempastikan objektif pelaburan masih ‘on-track’ dan proses memantau prestasi perlu sentiasa dibuat oleh saya sebagai UTC dan juga pelabur sendiri melalui PMO beliau.

Saya juga cadangkan para pelabur untuk mengikuti perkembangan berita pasaran semasa.

Sekurang-kurangnya tahu bagaimana keadaan ekonomi secara umum, industri apa yang tengah naik dan turun dan juga sedikit sebanyak perkembangan ekonomi global yang sentiasa berubah.

Pelabur unit trust seperti beliau sedia maklum jika pelaburan dibuat melalui akaun 1 epx, pelabur boleh membuat pelaburan secara sistematik setiap tiga bulan sekali berdasarkan jumlah kelayakan.

Jadi, lebih mudah untuk merancang bila dan berapa anggaran pelaburan beliau pada masa hadapan.

Sekiranya pelaburan melalui tunai pula, lebih fleksibel di mana pelabur boleh buat bila-bila masa sahaja, 100% secara online dan lebih mudah cair serta tidak terikat dengan apa-apa kontrak.

Nak keluar bila-bila masa pun boleh jika perlu.

Saya boleh bantu untuk semak kelayakan melabur menggunakan akaun 1 epx tuan-tuan dan puan-puan ataupun cara untuk melabur melalui tunai.

Boleh PM saya. Terima kasih. 🙂

Whatsapp : https://wa.link/mp2hqk

Ahmad Hanizam
Unit Trust Consultant
Univest Team 

Please follow and like us: