27/07/2021

Ahmad Hanizam

Kebebasan Kewangan Untuk Semua!

Kelas Bisnes BSG

Alhamdulillah…semalam baru selesai kelas BSG yang bermula pada 8, 9 dan 10 Jun, setiap 9 malam, anjuran BRC yang dikendalikan oleh tuan Bukhari Ramli (gambar). Tamat dekat pukul 1 pagi.

Tujuan saya join kelas online ini adalah untuk dalami apa itu bisnes, apa mindset dan strategi yang digunakan oleh orang yang berjaya dalam bisnes dan banyak lagilah.

Memang sesi yang padat dengan definasi dan penerangan beserta dengan contoh yang realistik.

Bukan setakat teori semata-mata tetapi dengan contoh dan real case study.

Memang sebelum ni banyak juga saya hadiri kelas-kelas tentang bisnes tetapi pendekatan yang dibuat oleh tuan Bukhari Ramli memang nampak ringkas tetapi padat dan tersendiri.

Apa yang saya sedar ialah, kita perlu memiliki pemikiran yang jelas dan berfikir sebagaimana orang bisnes yang berjaya fikirkan.

Sekarang boleh lihat dunia bisnes dengan pemikiran yang lebih luas.

Analogi nak masak ayam panggang tu pun dah banyak yang boleh dipelajari iaitu basic itulah advance.

Hanya mereka yang join kelas masa tu saja yang akan faham dan boleh kaitkan dengan kehidupan dan praktik yang dibuat sekarang.

Boleh dikatakan betul-betul sesi cuci otaklah, haha…

Banyaklah nota yang sempat catat untuk dihadam dan gunakan.

Memang berbaloi untuk sertai kelas ni dan saya anggap nilai yang saya perolehi berkali ganda dengan yuran penyertaan yang boleh dianggap paling minimum.

Saya memang amat rekomenkan kepada sesiapa yang berminat untuk tahu, apa sebenarnya bisnes, mindset pemilik bisnes tu bagaimana, kira-kira asas, strategi dan banyak lagilah, maka kelas ini memang untuk anda.

Terima kasih tuan Bukhari Ramli dan team BSG.

#bsgBRC

BRC.my 

Please follow and like us: