27/07/2021

Ahmad Hanizam

Kebebasan Kewangan Untuk Semua!

10 Ciri-ciri Orang Yang Berjaya

Manhattan skyline at sunset

Roda hidup seringkali berputar, kadang kala kita di atas, kadang kala kita di bawah. Begitu juga kejayaan, adakalanya berjaya, adakalanya gagal. Namun, apa yang membuat seseorang itu berjaya atau gagal? 

Berikut adalah senarai tanda-tanda anda akan menjadi seorang yang berjaya InsyaAllah! 

Anda fleksibel untuk berubah

Ada masanya keadaan berubah yang memerlukan anda sendiri turut berubah. Perubahan tidak memberi impak negatif kepada anda. 

Anda tidak suka  merungut dan mengeluh

Selalu sangat merungut dan mengeluh memberi perasaan negatif kepada diri dan juga orang keliling 

Anda sering produktif

Mengurus masa dengan baik selalu dan tidak melakukan perkara membuang masa yang tidak mencapaikan matlamat anda 

Anda boleh tingkatkan motivasi sendiri

Selalu ambil tindakan tanpa perlu disuruh dan tanpa melengahkan masa 

Anda suka buat lebih dari apa yang diperlukan

Anda tahu melakukan lebih dari apa yang perlu memberi kepuasan kepada diri dan juga meningkakan kredibiliti anda pada pandangan orang lain 

Anda bersedia membantu orang lain

Lebih banyak anda membantu orang lain, lebih ramai yang akan membantu anda satu masa nanti. Bak kata, the more you give, the more u get. 

Anda seorang yang pemaaf

Tidak ada gunanya menyimpan dendam dan sakit hati. Maafkan orang lain dan jadikan diri lebih kuat. 

Anda menghadapi cabaran dan belajar dari nya

Anda suka melihat cabaran sebagai peluang, dan pelajari serta perbaiki melaluinya 

Anda suka melihat kejayaan orang lain

Kejayaan orang lain memberi semangat dan inspirasi kepada anda dan bukan kebencian dan iri hati 

Anda suka mendampingi orang yang berjaya

Kerana dapat “aura” kejayaan serta sering berasa positif dikalangan mereka yang positif! 

Adakah anda mempunyai ciri-ciri di atas? 

Irfan Khairi

Dubai 

Please follow and like us: