Antara dua golongan usahawan

Kisah dua golongan usahawan dalam dunia.

  1. Pelombong emas.

Mereka ini sangat rajin. Kepakaran mereka mengetahui di mana lombong emas, mengumpul pasukan dan mula melombong.

Ada yang tak kongsi rahsia.
Ada yang ajar orang lain cara melombong emas, ketahui lokasi dan masa yang sama mereka juga melombong emas juga.

Mereka sedar. Ada ketika hasil emas tinggi, ada ketika rendah. Biasalah.

Semakin hari semakin ramai melombong emas. Lihat kumpulan pelombong dapat banyak emas, merekapun mahu jadi pelombong emas. Malahan di tempat yang sama. Sudahnya emas itu terbahagi dua.

Golongan ini sangat ramai. Inilah SELLER.

Ini pula kisah golongan kedua.

  1. Penjual pengorek tanah.

Mereka ini bijak. Mereka tidak melombong emas. Mereka jual pengorek tanah kepada pelombong emas.

Tugas mereka bukan hari-hari jual pengorek, mereka cuma beritahu keuntungan emas, apa boleh buat dengan emas, apa kekayaan yang dapat dibeli dengan emas dan mereka ajar orang cara melombong emas dengan betul!

Semakin ramai orang minat melombong emas, maka semakin banyak pengorek dapat dijual.

Inilah MARKETEER.

Kita yang mana?

MOHD NOOR AZAM ATEH

pemasarandigital

Please follow and like us:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *