29/07/2021

Ahmad Hanizam

Kebebasan Kewangan Untuk Semua!

Realiti Kewangan Rakyat Malaysia

Kajian yg dibuat oleh Muhammad Abdul Khalid, ahli ekonomi dlm bukunya “the colour of inequality : ethnicity, class, income and wealth in M’sia” mengariskan realiti berikut :

  1. Lebih 53% rakyat M’sia tidak mempunyai apa2 aset kewangan
  2. Golongan 10% terkaya mengawal 77% keseluruhan aset kewangan negara
  3. 80% rakyat yg berpendapatan rendah cuma miliki 5.5% dari aset kewangan negara
  4. Lebih dari 70% rakyat M’sia tidak punyai sebarang aset kewangan itu adalah Bumiputera
  5. Walaupun ASB dikhaskan utk Bumiputera tetapi lebih 55% Bumiputera tidak mempunyai akaun ASB
  6. 72% Bumiputera yg menabung dlm ASB hanya mempunyai simpanan purata RM554 seorang yg bersamaan hanya 2.6% keseluruhan tabungan ASB
  7. Org kaya dari kalangan Bumiputera yg hanya berjumlah 0.2% dari keseluruhan penabung ASB memiliki 1.5 kali ganda lebih tabungan ASB dari keseluruhan 80% penabung biasa yg lain
  8. Statistik pemilikan aset kewangan tersebut menggambarkan sebahagian besar rakyat tidak punyai lebihan pendapatan setelah ditolak hutang dan perbelanjaan bulanan utk menabung atau melabur
  9. Menggambarkan betapa meruncingnya masalah pendapatan boleh belanja (disposable income) rakyat M’sia
  10. Jurang miskin kaya di M’sia semakin melebar
Please follow and like us: