29/07/2021

Ahmad Hanizam

Kebebasan Kewangan Untuk Semua!

Kisah Padang Tandus

Seorang pemuda lalu di sebuah negeri… Kekecohan sedang berlaku.. Lalu si pemuda pergi menyiasat..

Rupanya mereka dalam prosess melantik raja.. Yang peliknya.. Seorang pun tak sanggup menjadi raja atau pemerintah negara tersebut..

Kerana syarat menjadi raja atau pemerintah adalah… Sesiapa yang dilantik menjadi raja atau pemerintah.. Dia akan dibuang negara di padang tandus selepas 10 tahun memerintah.

Pemuda tadi mengangkat tangan.. ‘saya sanggup!’

Maka dia dilantik menjadi raja /pemerintah negara itu. Orang ramai mengatakan pemuda ini bodoh.. Hilang akal. Tamak pangkat..dan sebagainya…

Pada tahun pertama sang pemuda menjadi pemerintah.. Dia menghantar orang untuk meninjau tanah tandus yg bakal dia dibuang selepas 10 tahun..

Tahun kedua.. Pemuda mula menghantar jurutera untuk membina jalan:

Tahun ketiga.. Menghantar expert dalam bidang pertanian untuk bercucuk tanam.

Tahun ke empat engineer mula membangunkan bangunan-bangunan canggih..Dan seterusnya..

Sehingga tahun ke 10..
Pemuda tersebut tidak sabar untuk dibuang negeri..

Masanya tiba.. Beliau sudah bersedia..
Kerana….
Sang pemuda tahu.. Dia sudah menghantar ‘bekalan’ terlebih dahulu sebagai persediaaan..

Kesimpulannya..
Ibarat hidup kita..
Kita tahu yg kita akan ‘dibuang’ ke ‘tempat itu’
Sudahkah kita mengirimkan bekalan?

Adakah tempat itu padang tandus?
Atau sudah kah kita semai benih benih yg akan menjadi pohon rimbun?

Sudah kah kita kirim ‘bahan binaan’ untuk membina sebuah mahligai yang akan kita diami? Atau biarkan saja ia kekal sebagai padang tandus..

INGATLAH…….

Please follow and like us: