Takaful Itu Ibarat Tayar Spare Kereta Anda

Semua orang mesti ada kereta, kan?

Kalau bukan sekarang pun, mesti nanti-nanti ada, betul tak?

Ada orang pakai Mercedes, BMW atau Ferrari. Ada juga guna Proton, Perodua atau Honda. Tak kisahlah apa jenis kerete pun, asal beli kereta, satu benda yang tak boleh tinggal – mesti ada spare tyre.

Spare tyre ni kita bawa sokmo, stand by jer dalam bυt kereta. Macam mana penuh pun barang dalam bυt, spare tyre tu ada je kat situ, kita takkan alih spare tyre tu.

Keadaan spare tyre tu pon kita jaga. Anginnya mesti cukup, getah tayar cantik lagi. Pendek kata, wajib ada lah spare tyre ni.

Tapi, bila nyer kita nak guna spare tyre nih?

Dalam 10 tahun mungkin sekali aje kot. Ada jugak orang tak pernah pakai langsung. Ada juga orang dalam setahun sampai 2 kali tayar dia pancit. Sebab tu lah kita kelek tayar spare ni ke hulu ke hilir.

Cuba korang bayangkan tengah malam buta kat highway, tiba-tiba tayar meletup, “Opocot, Mak kau!”. Garu kepala dibuatnya. Tapi boleh lagi tarik nafas lega, sebab kita tau dalam bυt ada spare tyre dan tools yang lengkap.

Kalaulah masa ni baru nak beli tayar spare, takdo maknenye!

Menyusahkan orang lain, lagi banyak duit keluar untuk panggil pomen. Pastu masa tu, sengsara hidup lah sekejap sementara nak menunggu belas ikhsan orang datang bawakan tayar lain untuk kita.

Sebenarnya, dalam hidup ni, takaful itu ibarat tayar spare. Semua orang mesti ada, walaupun memang kita tak tahu bila kita akan guna insurans tu. Contohnya; kalau ditakdirkan kita ni dapat penyakit yang serius perlukan RM40,000 untuk berubat, kalau kita dah ready siap-siap dengan takaful perubatan?

Senang je, terus boleh pergi hospital untuk dapatkan rawatan, hanya tunjuk kad perubatan yang kita ada.

Bayangkan pulak, kalau langsung takde perlindungan masa tuh?

Mungkin kita perlu menunggu lama untuk dapatkan rawatan, atau perlu minta belas ihsan orang lain untuk mengumpul duit rawatan. Duit simpanan dalam bank pulak memang dah tak ada. Tak ke masalah kalau gitu?

Berapa ramai antara korang ni yang memandu kehidupan tanpa tayar spare (takaful)?

Lagi satu, іf tayar spare tu tak cukup angin, takpon tools takde untuk tukar tayar, tak guna jugaklah. Kena pastikan lengkap, sama juga takaful pon perlu yang pakej yang komprehensif, paling penting kena tahu apa jenis takaful yang korang ambik.

Ada setengah orang ada insurans kemalangan aje, ѕο kalau nak claim bil perubatan hospital sebab penyakit, mestilah tak boleh, kan?

AIA Public Takaful menawarkan pakej komprehensif semua dalam satu; takaful kemalangan, kad perubatan, elaun penyakit kritikal, manfaat kematian & juga simpanan.

Senang cerita, pakej takaful yang ditawarkan oleh kami memang lengkap untuk diri kita ini. Semuanya ada.

Kalau kereta kita dilengkapkan dengan tayar spare & tools, diri kita juga mesti disiapkan dengan pakej takaful terbaik agar jika kita bermasalah jantung ‘pancit’ ke, paru-paru ‘pancit’ ke, hatta demam denggi sekalipun, sekurang-kurangnya beban kewangan dapat diringankan dengan рƖаn takaful daripada AIA Public Takaful, tak gitu?

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan plan lengkap takaful, sila hubungi saya dengan segera.

______________________________________________________

Ahmad Hanizam | AIA Life Planner | 011 5659 8769

Please follow and like us:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *