Takaful sesuatu yang baru?

Takaful tidak asing lagi kepada kita, namun pemilikan takaful individu terutamanya di kalangan orang Malayu masih lagi rendah. Mungkin salah satu sebabnya ialah ramai yang kurang faham dengan tujuan sebenar takaful di wujudkan.

Takaful (tidak kira apa jua jenis takaful) merupakan suatu alat pengalih risiko. Maksudnya, segala risiko yang mungkin akan berlaku terhadap diri, harta dan sebagainya di alihkan dalam bentuk takaful.

Apabila berlakunya sesuatu (risiko) yang termaktub di dalam perjanjian, maka pihak takaful akan menanggung risiko tersebut.

Saya pasti, masih ramai lagi yang keliru dengan takaful kerana pada hari ini terlalu banyak jenis takaful telah diwujudkan untuk memenuhi kehendak pelanggan.

Jadi, takaful jenis apakah yang paling sesuai untuk anda?

“Jawapannya : Dalam memilih takaful yang sesuai, anda perlu mempertimbangkan keperluan, keutamaan dan risiko yang mungkin anda tanggung/hadapi di masa akan datang”


Secara umumnya, anda perlu mengambil takaful yang dapat menjamin masa depan anda. Di bawah ini saya menjelaskan situasi yang memerlukan anda mengambil takaful :

1) Kehilangan keupayaan mencari rezeki

Jika anda merupakan seorang ketua keluarga dan hanya anda seorang sahaja yang menjadi punca pendapatan isi rumah, maka anda digalakkan untuk mengambil takaful.

Ini kerana sekiranya sesuatu berlaku ke atas diri anda seperti kemalangan yang menyebabkan kecacatan kekal (tidak boleh bekerja), kematian (hilang punca pendapatan), takaful dapat menanggung risiko tersebut dan faedahnya (tuntutan takaful) akan dinikmati oleh isteri
dan anak‐anak dan tidak perlu lagi hidup dalam keadaan susah.

2) Tanggungan kos perubatan dan kesihatan

Kos perubatan semakin hari semakin meningkat. Untuk sekali pembedahan yang kritikal, memerlukan puluhan ribu ringgit. Tentu anda pernah melihat di akhbar dan televisyen, yang mana terdapat pesakit memohon rayuan derma dari orang ramai bagi menanggung kos perubatan, pembedahan dan kesihatan.

Jadi, takaful perubatan ini amat digalakkan terutamanya bagi kakitangan yang tidak memiliki kemudahan perubatan dari majikan.

3) Kerugian yang besar

Jenis takaful ini sudah biasa di ambil terutamanya takaful kenderaan. Sekiranya kemalangan berlaku, syarikat takafullah yang akan menanggung kos “baikpulih” kenderaan anda atau sekiranya kenderaan anda hilang, anda akan mendapat sejumlah wang untuk menampung kerugian yang anda alami. Ini tidak terhad kepada takaful kenderaan sahaja.

Risiko‐risiko kerugian besar ini juga adalah seperti kebakaran, kecurian, bencana alam atau apa‐apa yang melibatkan harta benda milik anda.

Saya harap, anda jelas dengan 3 jenis situasi yang memerlukan anda memiliki takaful.

Takaful bukanlah wajib tetapi ingatlah kepada isteri, anak‐anak dan keluarga kita. Adakah anda mahu melihat mereka hidup menderita kerana terpaksa menanggung beban kewangan akibat sesuatu yang berlaku kepada diri anda?

Fikir‐fikirkanlah…

Please follow and like us:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *