27/07/2021

Ahmad Hanizam

Kebebasan Kewangan Untuk Semua!

Kenal Pasti Toleransi Terhadap Risiko

Malam ni sambil monitor pelaburan unit trust, saya nak sambung cerita tentang persediaan bakal pelabur dan yang pertama ialah kenal pasti toleransi terhadap risiko.

Yup, melabur dalam unit trust juga ada risiko dan boleh dikelaskan kepada rendah, sederhana dan tinggi. Peraturan umum yang selalu kita dengar, lagi tinggi risiko, lagi tinggi potensi pulangan pelaburan atau kerugian.

Contoh, kalau mereka yang tidak sanggup untuk berdepan dengan risiko kehilangan modal, bermakna toleransi terhadap risiko adalah rendah. Maka, potensi pulangan juga adalah rendah. Dalam penilaian kesesuaian, kami pilih 1.

Manakala, pelaburan saham pula dikategorikan sebagai risiko tinggi. Menerusi pelaburan saham, pelabur berpotensi untuk mendapatkan pulangan setinggi 30 peratus sehari tetapi perlu juga bersedia untuk berdepan dengan risiko kerugian 30 peratus dalam masa sehari!

Untuk bakal pelabur begini, biasanya dalam kategori 4 atau 5. Itu yang biasa kami sebagai utc ceritakan tentang SA number semasa sesi perkongsian.

Unit trust pula bagaimana?

Umumnya ia tergolong dalam kategori pelaburan berisiko sederhana. Yang uniknya, pelaburan unit trust itu sendiri ada yang berisiko rendah, sederhana dan tinggi. Ia bergantung kepada objektif dana tersebut dan tentunya perlu sesuai dengan objektif pelaburan anda juga.

Oleh itu, pastikan anda memilih dana yang sesuai dengan tahap toleransi terhadap risiko. Pelaburan dalam unit trust merupakan pelaburan dengan tempoh masa yang sederhana ke panjang.

Jika anda mampu untuk bersabar dan mahu lihat pelaburan yang dibuat terus berkembang, tidak kiralah keadaan ekonomi bagus atau meleset maka melabur dalam unit trust merupakan pilihan terbaik.

Ada tak rakan-rakan di sini nak tahu kelayakan pelaburan unit trust melalui akaun 1 epx? Boleh pm saya.☺️

Please follow and like us: