29/07/2021

Ahmad Hanizam

Kebebasan Kewangan Untuk Semua!

Melabur Dengan Objektif Yang Jelas

“Melabur unit trust ni, ada tempoh matang tak, bang?”

Antara soalan yang femes ditanyakan bila saya ceritakan tentang peluang melabur dalam unit trust.

Jawapan pendek yang selalu saya berikan ialah tiada tempoh matang, tuan.

Sebagai pelabur, anda boleh realize profit atau ambil keuntungan pada bila-bila masa sahaja.

Lagipun, unit trust adalah satu alat pelaburan yang mengumpulkan sumber kewangan banyak individu pelabur yang bertujuan untuk mencapai objektif pelaburan yang sama.

Tugas sukar untuk memilih saham syarikat mana yang berpotensi jana pulangan telah dibuat oleh pengurus dana.

Tugas memantau prestasi pengurus dana jalankan tugas dan capai objektif pula dijalankan oleh pihak trustee.

Jadi, tugas pelabur adalah memilih dana yang sesuai untuk dilaburkan berdasarkan objektif pelaburan anda.

Consultant seperti saya akan membantu anda dalam urusan pendaftaran dan juga monitor prestasi akaun pelaburan.😀

Contohnya hari ni, seorang pegawai muda dari Pejabat Perbendaharaan Johor, boleh invest rm2.4k dari acc1 epx beliau selepas urusan pendaftaran online selesai.

Saya hormati permintaan beliau untuk tidak welfie. Tak welfie takpe janji invest, haha.

#unittrustinvestment
#ahmadhanizam

Please follow and like us: