Bagaimana Mencapai Potensi Maksima Anda

Nota Bisnes #1
How to achieve your full potential.
Ada 6 area yang kalau kita maximise kan, akan buatkan kita capai potensi diri.
- Maximise kan hari ini – aktiviti apa yang kita boleh lakukan harini untuk capai goal yang kita dah set semalam?
Sebelum tidur buat satu to do list untuk esoknya dan cuba buat semua.
- Maximise kan network kita – siapa yang kita kenal, yang boleh bantu kita capai goal kita?
Kita ada kawan. Dan kawan kita kenal kawan yang boleh bantu kita. Jadi jangan segan2 nak network.
- Maximise kan penggunaan duit – duit yang kita ada, jangan dibazirkan. Gunakan duit untuk tambah kemahiran.
Mungkin kita sedang berniaga. Laburkan sedikit untuk belajar gunakan platform shopee.
- Maximise kan Tools – Social media, handphone canggih, semua ini adalah tools yang kita boleh gunakan untuk capai goal kita.
Dengan apps tertentu kita dah boleh upload gambar yang cantik untuk marketing.
- Maximise kan Talent – gunakan bakat yang kita ada.
Kalau pandai komunikasi, jangan segan nak buka mulut dan mulakan bicara. Mungkin dengan cara itu kita akan dibantu.
- Maximise kan pendapat dan nasihat orang – minta nasihat dari orang sekeliling kita.
Bila dalam keadaan buntu, kita masih ada kawan di sekeliling. Cuba minta nasihat. Mana tau nasihat tu yang akan bantu kita.
Sumber:
Syed Mohd Idrus
Istiqamah Project – Entrepreneurship