Unit Trust Secara Ringkas

Unit Trust juga bermaksud unit amanah. Di Malaysia, istilah unit trust lebih popular daripada unit amanah dan buat masa ini terdapat 36 syarikat pengurus dana swasta yang menjalankan bisnes ini.

Dari segi istilah, unit amanah adalah satu bentuk pelaburan kolektif yang membolehkan pelabur yang mempunyai objektif pelaburan yang sama untuk mengumpulkan simpanan mereka, yang kemudiannya dilaburkan dalam saham atau aset lain yang diuruskan oleh pengurus dana profesional.

Pengurus dana mungkin melabur dalam aset-aset berikut berdasarkan objektif pelaburan:

Bonds
Stocks
Derivatives
Money market instruments
Cash
Property

Aset-aset ini merupakan aset yang produktif yang akan menjana keuntungan kepada pemiliknya.

Jadi, sebagai pelabur unit trust, secara tidak langsung anda memiliki aset-aset ini. Menarik, kan?

Oleh itu, setiap sen yang anda laburkan dalam unit trust adalah mewakili pelaburan dalam aset-aset ini.

Bagaimana Pelabur Boleh Untung?

Jika aset-aset yang dilaburkan itu naik nilainya, maka kenaikan ini akan diterjemahkan dengan kenaikan harga seunit unit trust. Manfaat pertama ialah keuntungan modal apabila pelabur menjualnya semula.

Di samping itu, aset-aset ini memberi pendapatan tunai seperti dividen atau sewa, makan pendapatan ini juga akan diterjemah dengan kenaikan seunit unit trust yang pelabur miliki.

Begitu juga sebaliknya apabila nilai aset-aset ini turun nilai dan tidak memberikan pendapatan maka harga seunit unit trust akan menurun.

Turun naik nilai aset-aset ini bergantung kepada keadaan ekonomi semasa, kadar interest, kadar tukaran matawang dan kecekapan pengurus yang menguruskan aset-aset pelabur.

Semoga bermanfaat dan sekiranya ingin mengetahui dengan lebih lanjut, boleh hubungi saya.

Ahmad Hanizam

Whatsapp: 011 5659 8769

Please follow and like us:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *