29/07/2021

Ahmad Hanizam

Kebebasan Kewangan Untuk Semua!

Bagaimana Melabur Dalam Unit Trust

Assalam.

Terlebih dahulu ribuan terima kasih diucapkan kerana sudi berkunjung ke blog Ahmad Hanizam. Seklik menuju kebebasan kewangan!

Pelaburan unit trust boleh dibuat sama ada melalui cash mahupun melalui akaun 1 kwsp anda. Berikut saya paparkan maklumat tentang kedua-dua cara pelaburan tersebut:

Bagaimana Melabur Dalam Unit Trust

Inflasi berganda boleh memberi beberapa implikasi terhadap gaya hidup jika dibiarkan. Justeru itu, adalah penting bagi anda melabur dana persaraan anda untuk menghasilkan kadar pulangan yang lebih tinggi daripada kadar inflasi untuk mengelakkan pengurangan yang ketara dalam kuasa pembelian anda pada masa hadapan.

Tahukah anda bahawa anda boleh menggandakan dana persaraan sebanyak 15-20% setahun di dalam pelaburan unit trust di syarikat unit amanah No.1 di Malaysia?

Sila baca untuk mendapatkan maklumat lanjut bagaimana anda boleh memaksimumkan dana persaraan anda dengan Skim Pelaburan Ahli KWSP.

Apakah Skim Pelaburan KWSP?

Skim ini membenarkan ahli-ahli KWSP untuk melabur 30% daripada baki yang melebihi  Simpanan Asas yang diperlukan dalam Akaun 1 melalui syarikat pengurusan unit amanah yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan.

Manfaat melabur melalui Skim Pelaburan Ahli KWSP:

  • Tidak Memerlukan Pelaburan Tunai

Pelaburan diurus niaga terus daripada Akaun 1 KWSP anda.

  • Kepelbagaian

Peluang untuk mempelbagaikan wang persaraan anda dengan dana-dana yang diluluskan oleh KWSP.

  • Pendedahan Pelaburan Luar Negara

Melabur ke luar negara dengan dana domestik yang boleh melabur sehingga 30% daripada nilai asset bersih dana dalam pasaran-pasaran luar Negara.

  • Pertumbuhan Nilai Modal

Peluang untuk menikmati pertumbuhan modal sebagai sebahagian daripada pulangan pelaburan untuk meningkatkan jumlah wang simpanan KWSP anda.

Bagaimana melabur?

Jumlah yang boleh dilabur adalah sebanyak 30% daripada baki yang melebihi Simpanan Asas yang diperlukan dalam Akaun 1

  • Pelaburan minimum sebanyak RM1,000
  • Pelaburan boleh dibuat sekali bagi setiap 3 bulan
  • Caj Perkhidmatan seunit – sehingga 3% daripada nilai aset bersih seunit

Contoh:

Ahmad berumur 33 tahun. Berdasarkan penyata KWSP yang terkini, jumlah simpanannya dalam akaun 1 ialah RM70,000. Dengan merujuk kepada jadual Simpanan Asas di atas, simpanan asas yang diperlukannya dalam Akaun 1 ialah RM47,000. Ini bermakna dia layak mengeluarkan jumlah minimum RM1,000 dan maksimum RM6,900 daripada simpanan KWSPnya untuk pelaburan dalam dana unit amanah.

Pengiraan = (RM70,000 – RM47,000) x 30%

= RM6,900

Untuk Mengetahui  Sama Ada Anda Layak:

Semak baki akaun anda di mana-mana Smart-Kiosk KWSP di seluruh Negara dengan menggunakan Mykad anda ; atau

Semak Penyata akaun KWSP anda yang terkini; atau

Layari www.kwsp.gov.my sekiranya anda adalah pendaftar i-Akaun 🙂

Pelaburan Tunai Dalam Unit Trust

Pelaburan tunai dalam unit trust swasta adalah kurang menjadi fokus masyarakat kita. Di dalam pasaran melayu, menyimpan duit dalam dana unit trust selain daripada Amanah Saham Bumiputra (ASB) adalah kurang popular. Sebenarnya tidak semua orang faham bahawa ASB itu sebenarnya ialah satu dana unit trust.

Oleh kerana kemudahan ASB dan jaminan yang diberikan seakan-akan bank, maka orang melayu menjadikan ASB sebagai tempat simpanan mereka yang utama. Bagi golongan yang teliti dalam aplikasi muamalah Islam, mereka mungkin memilih instrumen lain yang jelas taraf halalnya mengikut pengiktirafan Majlis Fatwa Kebangsaan iaitu tabung haji atau unit trust berasaskan syariah.

Di kalangan ejen unit trust pun pelaburan tunai unit trust kurang dipromosikan kerana bukannya mudah nak mencari pelabur berpotensi yang ada banyak lebihan wang.

Berbanding dengan pelaburan melalui simpanan KWSP, mencari pelaburan tunai unit trust memerlukan usaha yang lebih. Namun, jika ada yang melabur secara tunai ejen akan dapat komisen yang lebih banyak.

Jika melabur menggunakan simpanan KWSP, pelabur tidak perlu mengeluarkan duit poket. Tambahan pula mereka faham potensi keuntungan di dalam dana ekuiti adalah lebih baik dalam jangka panjang dibandingkan jika dibiarkan sahaja simpanan mereka di dalam KWSP.

Ramai juga yang tidak mahu membuat pelaburan tunai dalam unit trust kerana pernah ada pengalaman rugi. Cuba bayangkan jika ada pelabur yang masuk ke dana unit trust pada bulan Ogos yang lepas, ketika pasaran tinggi dan menunggu masa sahaja untuk jatuh. Kini nilai pelaburan itu susut hampir 15% jika diambil kira caj jualan.

Kalau orang itu melabur lump-sum berjumlah RM100,000 maka kini dia mengalami rugi atas kertas sebanyak RM15,000. Walaupun pelaburan tunai unit trust ini untuk objektif jangka panjang, ia tetap ambil masa yang lama untuk kembali balik modal dan seterusnya menjana keuntungan.

Faktor ‘timing’ adalah sangat kritikal jika kita mahu membuat pelaburan tunai dalam unit trust.

Kaedah yang lebih baik ialah mengaplikasikan strategi ‘ringgit cost averaging’ dalam pelaburan tunai unit trust. Ia tetap boleh diaplikasikan samaada kita melabur secara lump-sum atau membuat simpanan berkala bulanan / suku tahunan.

1) Pelaburan Tunai Unit Trust – Lump Sum

Seperti yang saya nyatakan sebelum ini, faktor timing adalah sangat kritikal bila kita membuat pelaburan tunai dalam unit trust. Masalahnya kita tidak mampu untuk membuat timing yang baik. Jika sesekali menjadi, itu sebenarnya nasib.

Jika kita membuat pelaburan tunai secara lump sum, maka sebaiknya kita masukkan amaun itu ke dalam dana money market atau bond dahulu. Dana-dana ini adalah lebih selamat kerana tidak volatile. Jadikan dana ini sebagai akaun parking sahaja, dan pelabur buat arahan ‘switching’ secara berkala samaada bulanan atau suku tahunan. Melalui cara ini, pelabur tidak perlu risau masalah timing pasaran. Bila sampai tempoh masa yang ditetapkan, duit daripada dana akaun money market akan dipindahkan ke dana ekuiti.

2) Pelaburan Tunai Unit Trust – Berkala Bulanan atau Suku Tahunan

Ini konsep yang hampir sama dengan orang yang menggunakan produk insurans sebagai instrumen simpanan mereka. Bila dilakukan secara tetap dan berjadual, maka bila sampai masa mereka akan tetap melabur tanpa risaukan harga seunit dana ketika itu. Mereka yakin akan potensi dana itu dan istiqamah dengan objektif pelaburan jangka panjang sedari awal.

Kesimpulan.

Jika anda ada lebihan wang untuk dilaburkan, sebaiknya pilihlah dana unit trust yang berlandaskan syariah. Berbincang dengan ejen unit trust anda, tetapkan objektif pelaburan berdasarkan kemampuan dan profil risiko anda. Jangan lupa pastikan strategi ringgit cost averaging (RCA) memihak kepada anda. 🙂

Baiklah, saya tawarkan khidmat pelaburan dengan klik di sini ye.

Please follow and like us: