27/07/2021

Ahmad Hanizam

Kebebasan Kewangan Untuk Semua!

Pelaburan Tunai Dalam Unit Trust

Pelaburan tunai dalam unit trust swasta adalah kurang menjadi fokus masyarakat kita. Di dalam pasaran melayu, menyimpan duit dalam dana unit trust selain daripada Amanah Saham Bumiputra (ASB) adalah kurang popular. Sebenarnya tidak semua orang faham bahawa ASB itu sebenarnya ialah satu dana unit trust.

Oleh kerana kemudahan ASB dan jaminan yang diberikan seakan-akan bank, maka orang melayu menjadikan ASB sebagai tempat simpanan mereka yang utama. Bagi golongan yang teliti dalam aplikasi muamalah Islam, mereka mungkin memilih instrumen lain yang jelas taraf halalnya mengikut pengiktirafan Majlis Fatwa Kebangsaan iaitu tabung haji atau unit trust berasaskan syariah.

Di kalangan ejen unit trust pun pelaburan tunai unit trust kurang dipromosikan kerana bukannya mudah nak mencari pelabur berpotensi yang ada banyak lebihan wang.

Berbanding dengan pelaburan melalui simpanan KWSP, mencari pelaburan tunai unit trust memerlukan usaha yang lebih. Namun, jika ada yang melabur secara tunai, ejen akan dapat komisen yang lebih banyak. Jika melabur menggunakan simpanan KWSP, pelabur tidak perlu mengeluarkan duit poket.

Tambahan pula mereka faham potensi keuntungan di dalam dana ekuiti adalah lebih baik dalam jangka panjang dibandingkan jika dibiarkan sahaja simpanan mereka di dalam KWSP.

Ramai juga yang tidak mahu membuat pelaburan tunai dalam unit trust kerana pernah ada pengalaman rugi. Cuba bayangkan jika ada pelabur yang masuk ke dana unit trust pada bulan Ogos yang lepas, ketika pasaran tinggi dan menunggu masa sahaja untuk jatuh.

Kini, nilai pelaburan itu susut hampir 15% jika diambil kira caj jualan.

Kalau orang itu melabur lump-sum berjumlah RM100,000 maka kini dia mengalami rugi atas kertas sebanyak RM15,000. Walaupun pelaburan tunai unit trust ini untuk objektif jangka panjang, ia tetap ambil masa yang lama untuk kembali balik modal dan seterusnya menjana keuntungan.

Faktor ‘timing’ adalah sangat kritikal jika kita mahu membuat pelaburan tunai dalam unit trust.

Kaedah yang lebih baik ialah mengaplikasikan strategi ‘ringgit cost averaging’ dalam pelaburan tunai unit trust. Ia tetap boleh diaplikasikan sama ada kita melabur secara lump-sum atau membuat simpanan berkala bulanan / suku tahunan.

1) Pelaburan Tunai Unit Trust – Lump Sum

Seperti yang saya nyatakan sebelum ini, faktor timing adalah sangat kritikal bila kita membuat pelaburan tunai dalam unit trust. Masalahnya kita tidak mampu untuk membuat timing yang baik. Jika sesekali menjadi, itu sebenarnya nasib.

Jika kita membuat pelaburan tunai secara lump sum, maka sebaiknya kita masukkan amaun itu ke dalam dana money market atau bond dahulu. Dana-dana ini adalah lebih selamat kerana tidak volatile. Jadikan dana ini sebagai akaun parking sahaja, dan pelabur buat arahan ‘switching’ secara berkala sama ada bulanan atau suku tahunan.

Melalui cara ini, pelabur tidak perlu risau masalah timing pasaran. Bila sampai tempoh masa yang ditetapkan, duit daripada dana akaun money market akan dipindahkan ke dana ekuiti.

Saya sebagai unit trust consultant boleh berikan nasihat ini kepada para pelabur di bawah jagaan saya.

2) Pelaburan Tunai Unit Trust – Berkala Bulanan atau Suku Tahunan

Ini konsep yang hampir sama dengan orang yang menggunakan produk insurans sebagai instrumen simpanan mereka. Bila dilakukan secara tetap dan berjadual, maka bila sampai masa mereka akan tetap melabur tanpa risaukan harga seunit dana ketika itu.

Mereka yakin akan potensi dana itu dan istiqamah dengan objektif pelaburan jangka panjang sedari awal.

Kesimpulan

Jika anda ada lebihan wang untuk dilaburkan, sebaiknya pilihlah dana unit trust yang berlandaskan syariah. Berbincang dengan ejen unit trust anda, (sayalah tu, hehe) tetapkan objektif pelaburan berdasarkan kemampuan dan profil risiko anda.

Jangan lupa pastikan strategi ringgit cost averaging (RCA) memihak kepada anda. 🙂

Please follow and like us: