Pelaburan dan Krisis

Pelaburan yang memberikan pulangan yang terbaik dalam jangka panjang adalah pelaburan ketika berlakunya krisis. Ini kerana banyak dana dana menawarkan harga yang murah menyebabkan pelabur boleh memegang lebih banyak unit berbanding sebelum ini.

Jutawan Amerika Warren Buffett biasanya dirujuk sebagai pelabur paling berjaya di dunia. Selama lebih dari 50 tahun, Buffett terus mengembangkan kekayaannya, bukan melalui strategi rumit atau formula ajaib, tetapi dengan mengikuti prinsip-prinsip asas pelaburan dalam cara yang berdisiplin.

Apabila pasaran saham AS jatuh berikutan ledakan teknologi tahun 1990an, ramai pelabur menjual pegangan mereka. Sebaliknya, Buffett menggunakan peraturan “membeli apabila harga rendah” dan secara senyap membeli saham2 murah beberapa syarikat berkualiti tinggi.

Dalam situasi terkini yang hampir sama, negara China yang menjadi pencetus penularan Covid-19 kini berjaya membendung penularan dalam negara dalam tempuh yang cepat sekali gus melihat kenaikan ekonomi mereka secara mendadak.

Dalam keadaan negara-negara barat pemegang kuasa utama dunia masih berperang menangani penularan wabak Covid-19, China mengambil peluang membeli saham-saham utama negara barat dalam keadaan ekonomi mereka yang sedang tenat.

Sebagai pelabur anda tidak harus membuat spekulasi pasaran, sebaliknya kembali kepada prinsip pelaburan yang asas.

Anda juga harus bertanya kepada diri sendiri “apa yang perlu saya lakukan dalam pasaran situasi sekarang?”

kerana keputusan ini pasti akan menentukan hasil pelaburan anda dalam beberapa tahun yang datang selepas krisis ini di selesaikan.

Selagi anda mempunyai matlamat pelaburan untuk jangka panjang, sekarang adalah masa terbaik untuk menilai balik dana dana yang berpotensi untuk masa hadapan.

Untuk perbandingan yang lebih kondusif, mari kita periksa bagaimana pelaburan RM100,000 yang sama akan berubah menjadi lebih menguntungkan sekiranya Strategi dan fundamental pelaburan dilaksanakan dengan betul.

Untuk penerangan lebih lanjut, sila hubungi saya selaku Perunding Unit Amanah anda yang sentiasa bersedia untuk memberi khidmat nasihat tentang peluang yang ada di saat kebanyakan pelabur lain mendiamkan diri.

Ahmad Hanizam Abdullah

Please follow and like us:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *