29/07/2021

Ahmad Hanizam

Kebebasan Kewangan Untuk Semua!

Billionaire Termuda Di Dunia

Padamkan rasa putus asa dalam jiwa. Jalan untuk berjaya akan terbentang segera. Sukses berjalan dari satu kegagalan ke kegagalan yang lain, tanpa kita kehilangan semangat.

Ratesh Agraval dari Rayagada India. Berusia 26 tahun.

Rayagada adalah sebuah daerah di selatan Odisha, . Penduduknya terdiri daripada suku-suku, terutama kaum Khond dan Soras.

Penduduknya rata rata bertani dan pendapatan harian mereka sekitar RM40 sehari sahaja.

Ratesh dibesarkan dalam kemiskinan dan untuk 18 tahun pertama , hidup beliau penuh derita dan air mata. Beiau tidak ke universiti dan tiada kerja.

Pada satu masa beliau telah dihalau keluar dari rumah dengan hanya ada RM2 sahaja dalam poket. Menderita dan merana.

Dalam benak fikir Ratesh bukan soal wang. Beliau tidak dibesarkan dalam kemewahan. Apa yang ada pada masa itu adalah bagaimana ingin menyelesaikan masalah semasa.

Pada satu masa, kira kira 6 tahun lalu, Ratesh lihat ada satu hotel yang berdekatan dengan tempat beliau tinggal, sentiasa kosong sepanjang masa..

Ratesh ambil risiko. Bertemu dengan pemilik hotel untuk bantu. Beliau mulakan dengan tukar lampu (lightbulbs).

Beliau tukar katil, tambah air minuman. Beliau tambah gambar berframe dan masukkan room service.

Ratesh ambil foto cantik gambaran menarik bayangan indah untuk menginap di hotel itu dan memasukkannya dalam internet.

Ratesh dengan beraninya ubah nama kepada OYO HOTEL. Secara tiba tiba hotel berubah dari kosong tidak bertamu kepada penuh sehingga ramai pelanggan terpaksa menunggu.

Kejayaan ini mengubah minda Ratesh. Petarung yang sukses adalah orang rata-rata biasa. Apa yang membezakan mereka ada fokus setajam sinar laser.

Yang pertama memang sulit. Apabila satu berjaya, yang lain mula kelihatan boleh sahaja.

Ratesh mula yakin dia boleh buat perkara yang sama, megulangi jejak jaya pada hotel hotel berikutnya.

Pada usia 20 tahun, beliau dapat sokongan pelabur. Pada usia 21 tahun, dia ada 50 orang pekerja. Dalam umur 22 tahun, Ratesh ada 500 rangkaian Oyo Hotel.

Apabila momentum bergerak, dengan izin Tuhan, tiada apa lagi yang dapat menghalang. Pada usia 24 tahun, beliau mula mendapat pelaburan $1 Bilion.

Usia 26 tahun, Ratesh Agraval memiliki rangkaian 43,000 hotel. Ini mrnjadikan Oyo Hotel adalah rangakain kedua terbesar di seluruh dunia sekarang.

Seoranga anak muda biasa (rawak dan acak) di sebuah bandar miskin di India , menjadik billionaires paling muda di dunia. Lebih hebat menggaji 350,000 pekerja.

Ia bukan sekadar keberuntungan. Ia adalah kerja keras. Merentas segala kemustahilan untuk berhasil.

Dalam ukiran kata kata beliau. “Jika kita bekerja kuat, kita akan meningkatkan ruang untuk berjaya. Itu sahaja”

Orang pintar belajar keras untuk kemudiannya mencari pekerjaan. Ratesh berbeza, Beliau berjuang keras untuk sukses supaya boleh menyediakan pekerjaan kepada ramai orang pintar yang telah menjadi pelamar kerja.

Setiap pemenang penuh dengan bekas luka. Hidup bererti perjuangan , selalu ada rintangan dan saingan. Setiap sukses harus diperjuangkan.
.
Roslan Ab Hamid.
26 Feb, 2020

Sekiranya anda memerlukan nasihat pelaburan yang menarik, boleh klik di sini.

Please follow and like us: