Percaya Sebelum Berjaya

Seorang ayah sangat kecewa dengan anaknya yang sangat penakut.

Lalu dibawa anak itu berjumpa dengan seorang guru karate.

“Boleh Tuan didik anak saya ni jadi berani? Saya nak dia jadi lelaki sejati.”

“Boleh tuan, tapi perlu tinggalkan anak ini dengan saya 3 bulan. InsyaAllah tuan akan lihat perubahannya.”


Selepas 3 bulan, guru menganjurkan satu pertandingan karate.

Anak ini masuk bertanding dan akhirnya bertemu dengan bekas juara karate.

Si juara terus menyerang hingga si anak jatuh berkaliĀ².

Si anak rebah tapi tak putus asa. Tetap bangun sehingga lebih 20 kali!

Si ayah rasa kecewa & malu kerana anaknya teruk dibelasah. Seperti diduga, dia kalah.

“Saya malu dengan dia ni cikgu.. Dah 3 bulan berlatih pun masih lemah..” kata si ayah.

Lalu guru berkata,

“Tuan, tidakkah tuan nampak anak ini sudah pun menjadi lelaki sejati seperti yang tuan mahu? Dia terus mencuba tanpa lelah..

Kerana lelaki sejati bukanlah lelaki yang tak pernah kalah, tetapi lelaki yang akan terus bangkit setelah alami kekalahan dan kegagalan”

Tersentak si ayah. Dia akhirnya sedar kesilapannya..šŸ˜¢

.

IBRAH

Orang yang berjaya adalah orang yang mementingkan makna sebenar dalam kehidupan.

Kita sering diuji dalam bab ini.

Si ayah tadi dan mungkin kita juga sering salah faham tentang makna kejayaan.

Kita nak anak sentiasa dapat no 1 tapi kita lupa Allah beri kuat dan lemah yang berbeza pada setiap orang.

Mungkin anak kita tak pandai, tapi akhlaknya hebat.

Maka jangan malu untuk terus belajar.

Kerana orang berjaya bukanlah orang yang tak pernah gagal.

Orang yang berjaya adalah yang sentiasa bangkit dari kegagalan. Kerana kegagalan membuatkan kita semakin menghargai kehidupan.

Ini adalah kisah yang saya kongsikan dalam Rancangan Motivasi Pagi di Radio IKIM.fm.

Terima kasih Ustazah Mumtazah Sanusi kerana sudi catat dan tulis balik kisah ini.

Boleh #share posting ini untuk manfaat bersama.

Percaya Sebelum Berjaya!

Baik, berita baiknya ialah anda berpeluang untuk kembangkan wang anda dalam pelan pelaburan bijak di sini.

Please follow and like us:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *