27/07/2021

Ahmad Hanizam

Kebebasan Kewangan Untuk Semua!

Terimalah Hakikat Ini

Kepada rakan-rakan di luar sana yang ingin ceburkan diri dalam bidang bisnes, ini perkara yang anda akan lalui dalam tempoh 1 hingga 5 tahun.

Selepas anda harungi masa tersebut tetapi masih mampu bertahan, anda akan temui rentak permainan yang sebenar sehingga terjumpa titik kejayaan.. tidak mudah nak puaskan hati semua orang.

  1. Tidak cukup masa bersama keluarga…get ready to work Super Long working hours (12 to 16 hrs)
  2. Banyak masa dihabiskan untuk urusan bisnes, tetapi duit dalam poket cukup-cukup makan.
  3. Isteri, suami, mak, ayah, mertua mula pertikai. Sibuk bukan main, berjayanya tak juga.
  4. Setiap kali tiba hujung bulan, anda akan risau, takut duit syarikat tak cukup untuk bayar gaji staf.
  5. Anda masih buat bisnes seorang diri atau hanya dengan pasukan yang kecil. Staf susah nak kekal lama.
  6. Banyak drama menjaga hati. Nak jaga hati keluarga, jaga hati staf dan orang sekeliling. Hinggakan hati sendiri pun tak terjaga.
  7. Kerap menangis di tikar sejadah, bilik mandi dan di dalam kereta. Tekanan yang ada tak mampu diluahkan.
  8. Jualan tak seberapa, penatnya rasa macam nak hilang nyawa.
  9. Selalu bercakap seorang diri. Kadang2 senyum kadang2 sedih..
  10. Bila lihat orang lain berjaya dalam tempoh lagi awal dari kita, rasa down, rasa bisnes ni tak betul, rasa nak berhenti, rasa kenapa aku tak berjaya lagi?
  11. Anda tidak akan dapat support dari kawan2 dan orang terdekat. Anda akan bersendirian menempuh apa jua dugaan.
  12. Lebih hebat lagi jika pasangan tidak mahu memahami situasi orang berniaga…gaduh laki bini pasti berlaku
  13. Jika lambat berjaya, anda akan jadi bahan ejekan dan bisikan negative kerana ambil masa terlalu lama…ramai orang yg termakan hasutan ini akan tinggalkan perniagaan walaupun tanpa sedar dia sudah hampir menuju kejayaan.

Ini adalah beberapa perkara yang anda akan lalui. Sebenarnya ada banyak lagi, tapi kami kongsikan ini dahulu.

Jadi, anda semua boleh tentukan mahu mulakan atau tidak. Jika tak sanggup, lebih baik usah mulakan. Dunianya keras dan kejam. Ianya tidak seindah yang dijangkakan.

Ia bukan seperti dalam drama pukul 7.30 malam, anak bos pakai blazer secretary bawakan air kopi. Ia tidak datang cepat seperti yang diharapkan atau dilihat dalam Instagram. Orang pakai kereta mewah makan tempat mewah, bercuti di sana sini.

Ianya perjalanan yang panjang dan sangat memeritkan…

Jatuh, bangun buat lagi. Jatuh, bangkit terus berlari. Ulang, ulang dan ulang. Lebih banyak kita cuba, lebih besar peluang untuk berjaya…

Tidak ade jalan pintas untuk berjaya dan jangan mengharapkan kejayaan dengan menindas atau memburukkan orang lain…jika ada rakan anda yg menawarkan pakej roket, tolong hati2….tiada jalan mudah untuk berjaya..pengalaman adalah modal terbaik dalam perniagaan..

#meaningfullifethroughrewardingcareer

#whateverittakes

Berita baiknya buat anda, kini peluang untuk gandakan wang anda dengan bijak di sini.

Please follow and like us: