26/07/2021

Ahmad Hanizam

Kebebasan Kewangan Untuk Semua!

ASB: Agihan Pendapatan, Bonus 5.5 Sen Seunit

Permodalan Nasional Berhad (PNB) mengumumkan agihan pendapatan sebanyak 5sen seunit dengan bonus 0.5sen bagi Amanah Saham Bumiputera (ASB) untuk 2019, menurut perkhidmatan berita pantas Bernama.

Pengerusi PNB Zeti Akhtar Aziz berkata ia akan melibatkan pembayaran sebanyak RM9 bilion kepada 10 juta pemegang unit.

“(Kita) puas hati kerana situasi sangat mencabar,” beliau dipetik sebagai berkata ketika menjawab soalan.

Pulangan yang diumumkan hari ini menjadi angka terendah baru sejak semenjak penubuhannya padanya pada 1990.

Tahun lepas Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) mengumumkan agihan pendapatan 6.5sen dan bonus 0.5 sen seunit ASB untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember.

Tahukah anda, ada peluang untuk anda gandakan wang anda dan dengan teknik yang betul, berpeluang tingkatkan pulangannya. Anda boleh klik di sini.

Please follow and like us: