26/07/2021

Ahmad Hanizam

Kebebasan Kewangan Untuk Semua!

Bisnes Terbaik Untuk Anda Mulakan

Anda akhirnya telah putuskan yang anda bersedia untuk mengambil langkah besar dan menjadikan impian menjadi kenyataan dengan memulakan satu bisnes sendiri.

Sekarang apa yang anda perlu tahu ialah bisnes terbaik untuk dimulakan bagi menjadikan anda seorang jutawan. Apa yang akan anda dengar ini mungkin tidak akan menggembirakan dan juga mungkin juga bukannya jawapan yang anda cari selama ini.

Tiada satu pun bisnes terbaik untuk dimulakan dan sangat sedikit kaitan dan persamaan antara banyak bisnes yang dimiliki oleh para jutawan.

Ia Tidak Penting Kerana:

Jika ada pun “bisnes terbaik yang boleh dimulakan hari ini,” ia akan berubah. Pasaran baru akan dicipta, pusingan pasaran menaik dan menurun sentiasa muncul dan persaingan akan datang dan pergi.

Para jutawan sebenarnya bukanlah jutawan daripada bisnes yang tertentu sahaja. Bisnes mereka hanyalah sebagai alat.

Sangat sedikit kaitannya dengan industri dan ia sebenarnya amat berkaitan dengan kebolehan fundamental pemilik bisnes itu untuk menjalankan sebuah syarikat yang boleh menjana keuntungan.

Banyak bisnes dengan margin keuntungan yang tinggi wujud, tetapi ini akan menjana lebih banyak persaingan, di mana yang teruk, kotor, kurang menarik serta syarikat-syarikat dengan margin keuntungan yang lebih rendah akan memperolehi landskap persaingan yang rendah dan seterusnya hilang dalam perlumbaan.

Para jutawan yang telah membina bisnes yang amat berjaya kebanyakannya tidak mempunyai pilihan lain selain daripada berjaya. Mereka melaburkan kesemua wang mereka dan dikehendaki menjadikan bisnes berjalan dengan baik untuk meneruskan kelangsungan hidup.

Apa Yang Diambil Kira:

Kaji selidik ke atas jutawan mendapati bahawa mereka berkongsi satu elemen yang sama – keghairahan. Lakukan apa yang anda sukai dan wang akan secara automatik ikut bersama. Keghairahan (Passion) anda akan membawa anda mengatasi kesukaran, persaingan, waktu kerja yang panjang dan membantu syarikat anda berkembang akhirnya.

Ia bergantung kepada situasi dan pilihan anda. Adakah anda bersedia untuk bergerak sentiasa atau anda memerlukan satu bisnes di rumah?

Berapa jam seminggu yang anda sanggup luangkan?

Di mana pengalaman anda, latar belakang dan kebolehan anda? Berapa banyak wang dan modal yang boleh anda keluarkan untuk pelaburan awal dan berapa lama yang anda boleh bertahan tanpa gaji yang tetap?

Apakah bisnes yang boleh dan anda ingin lakukan?

Runcit, borong, industri perkhidmatan?

Adakah anda perlu satu bentuk francais atau anda ingin memulakannya pada 100% sendirian dan menjadi pemilik tunggal?

Adakah anda ingin menjalankannya dengan bekerja di kedai setiap hari atau bekerja di kedai menghadap mesin ataupun hanya di rumah?

Tabiat Jutawan:

Ramai jutawan lahir daripada usaha sendiri berkongsi persamaan iaitu mereka membina banyak bisnes berjaya untuk memperolehi pendapatannya.

Bisnes yang spesifik tidak begitu penting. Ia adalah kebolehan, keinginan dan keghairahan terhadap satu industri atau produk yang menjadikan seseorang itu berjaya menjadi jutawan daripada bisnes yang diciptanya. 

Berita baiknya adalah ada satu bisnes yang menarik dan saya sedang usahakan di sini.

Please follow and like us: