29/07/2021

Ahmad Hanizam

Kebebasan Kewangan Untuk Semua!

Bagaimana Duit Suka Diperlakukan

Apabila berurusniaga, usah fikirkan bagaimana mahu ‘mengambil’ wang pelanggan masuk ke dalam poket kita semata-mata.

Persepsi macam ini yang buat kita terlalu mendesak pelanggan (selalunya kita tak perasan tetapi pelanggan nampak dan takut).

Jadi apa yang perlu kita fikirkan dan jadikan sebagai prinsip berurus niaga?

Sentiasa fikirkan bagaimana mahu selesaikan masalah pelanggan. Permasalah itu pula bukan sekadar “Oh, jual makananlah, semua orang makan dan lapar.”

TIDAK!

Ia bukan sekadar itu. Kita mesti fikirkan bagaimana layanan yang pelanggan mahu, apa gaya hiasan yang sesuai bagi pelanggan, apa yang menarik pelanggan membeli lagi dan sebagainya.

Bila memikirkan aku jual makanan kerana itu yang aku tahu, aku jual kasut kerana ramai yang nak produk tu, aku jual servis basuh kasut kerana semua orang pakai kasut..kita akan lebih melihat kepada AKU bukan PELANGGAN.

Jika kita dapat selesaikan semua permasalahan ini, duit suka untuk berdamping dengan kita.

Jika anda ingin kembangkan wang anda secara bijak, boleh ke sini.

Please follow and like us: