27/07/2021

Ahmad Hanizam

Kebebasan Kewangan Untuk Semua!

10 Pembaziran Dalam Bisnes Yang Ramai Usahawan Buat

  1. Ambil staf yang tidak kompeten yang tidak mahir dengan jawatan dalam tugas sebenar. Akhirnya ia menjadi staf yang ‘redundant’. Menjadi liabiliti kepada syarikat.
  2. Labur dalam produk baru tanpa buat kajian ‘feasibility’. Hanya mengikut ‘trend: semasa.
  3. Terlalu fokus untuk mempunyai ruang pejabat yang terlalu ‘cozy’ dan elegan. Tanpa memikirkan keperluan sebenar kenapa sesebuah ofis diperlukan.
  4. Order stok dan produk dalam kuantiti yang terlalu banyak, tetapi dalam masa yang sama lemah dalam ilmu pemasaran. Tidak pandai mengaplikasikan sistem ‘just in time’ (JIT) dalam bisnes.
  5. Terlalu teruja untuk berkembang dengan pantas, lalu melabur dalam cawangan cawangan baru, tetapi mengabaikan sistem pengurusan yang efektif untuk setiap cawangan.
  6. Terlalu banyak masuk seminar dan kelas. Konon nya nak lengkapkan ilmu sebelum bermula yang akhirnya menjadi ‘information overloaded’ dan tak tahu nak mula yang mana satu dahulu setelah berhabisan beribu ribu menghadiri kelas. ‘Field is the best business school’
  7. Teruja dengan nama besar, duta, selebriti yang dikatakan boleh menaikkan syarikat sehingga sanggup melabur puluhan ribu. Namun akhirnya kekuatan diri sendiri dan bisnes sendiri tiada sehingga perlu bergantung kepada nama nama besar.
  8. Menghabiskan wang untuk membina personaliti melalui rumah, kereta, motosikal berkuasa tinggi, lifestyle, cara berpakaian. Masuk kelab kelab mewah. Mempunyai hobi yang mahal mahal untuk menunjukkan level kesuksesan.
  9. Membeli banyak buku tapi tidak dibaca. Hanya sekadar untuk tatapan kulit luar sahaja.
  10. Murah hati dengan banyak menolong orang orang menyertai organisasi untuk dijayakan tetapi, orang orang mahu dijayakan tidak mahu berjaya. Hanya sekadar menjadi penumpang yang banyak alasan. Nak disisihkan rasa kesian.

Ahmad Hanizam ialah seorang penasihat kewangan dan boleh lihat portfolio beliau di sini.

Please follow and like us: