29/07/2021

Ahmad Hanizam

Kebebasan Kewangan Untuk Semua!

5 Tips Jualan Terbaik

Mark Hunter, seorang speaker jualan dan motivasi dari Amerika Syarikat telah mengemukakan 5 tip terbaik untuk melakukan jualan seperti mana yang diingini oleh kita.

Ia adalah berdasarkan tip-tip yang diberikan semasa beliau melakukan ceramah beliau di hadapan sekumpulan pelajar universiti yang meminta kepada beliau tip-tip melakukan jualan yang  mana akhirnya sekumpulan pelajar tersebut mengatakan tip-tip tersebut adalah tip-tip yang terbaik pernah mereka dengari.

Lima tip-tip yang dimaksudkan itu adalah:

1. Ia  bukan yang kita perkatakan tetapi apa yang pelanggan yakini

Sebaik mana kita lakukan presentasi kalau pelanggan masih enggan untuk menerima segala usul yang diutarakan pasti bermakna peluang kita semakin malap untuk mendapatkan penutupan jualan.

Sebaik-baiknya luangkan masa untuk merapatkan lagi hubungan dengan pelanggan.

Kemukakan soalan-soalan yang berkaitan dengan kemahuan dan kehendak mereka. Ada kalanya mereka tidak mengetahui apa yang mereka perlukan dan sinilah tugasan kita untuk membantu mereka secara membimbing apa manfaatnya produk kita kepada mereka.  Tapi jika pelanggan masih enggan untuk mempercayai dan menerimanya bermakna kita tiada mempunyai peluang langsung

2. Jangan lakukan panggilan jualan jika pelanggan tidak mengetahui yang kita ingin melakukan penutupan jualan

Jika kita tidak mengetahuinya ke mana harus kita pergi, bagaimana kita boleh sampai ke destinasinya. Perkara yang biasa dilakukan selepas presentasi adalah untuk mendapatkan penutupan jualan.

Rancanglah dengan awal agar segala tindakan dapat dipertingkatkan lagi dengan lebih berstrategi untuk mendapatkannya. Jangan mengharapkan hanya kepada satu teknik sahaja bagi mendapatkan penutupan jualan tetapi pelbagaikanlah segala teknik yang ada berdasarkan apa yang pelanggan telah maklumkan kepada kita.

3. Dedikasikan masa anda secara mingguan atau bulanan bagi mendapatkan senarai prospek

Didapati terlalu ramai sangat yang melakukan jualan menghabiskan masa mereka melakukan pelbagai tugasan selain daripada mengali dan menyelongkar senarai-senarai prospek untuk ditemui.

Jika kita mendisiplinkan diri  dan merasa satu tanggungjawab bebanan yang turut diutamakan mendapatkan pangkalan data prospek atau pelanggan, sampai bila-bila pasti kita tidak akan melakukannya.

4. Percaya dan yakin pada diri kita sendiri dan lakukan pertolongan kepada pelanggan

Kita sendiri pun tidak yakin pada produk yang ditawarkan bagaimana pelanggan hendak turut mempercayainya untuk membeli dan menerimanya? 

Inilah antara sebabnya orang yang berjaya melakukan jualan mencapai kejayaan hanya kerana beliau percaya dan yakin sangat-sangat atas manfaat dan kelebihan produk yang ditawarkan kepada orang lain.

Bila dah yakin dan percaya pada produk yang ditawarkan, penceritaan dan menangani bangkangan sudah pasti mudah dan senang untuk dilakukan.

5. Tampilkan diri tepat pada waktunya

Mudahnya jualan hilang hanya kerana kegagalan menghadirkan diri dengan tepat ataupun gagal melakukan susulan. Amat menyedihkan hanya disebabkan satu perkara yang asas dan mudah untuk dilakukan, jualan akan hilang begitu sahaja hanya disebabkan gagal menunaikan janji yang tidak ditepati.

Disiplin amat memainkan peranan yang terpenting sekali dalam hal yang sebegini bagi menunjukkan dan membuktikan kepada pelanggan tersebut yang kita amat menghargai dan menghormati tentang mereka dan keperluan mereka.

Mengapa Mark Hunter merasakan yang beliau begitu yakin dengan lima tip yang diberikan ini adalah berdasarkan kepada pengalaman-pengalaman beliau bekerja di dalam bidang jualan ini dan telah mengajar beribu-ribu kakitangan jualan.

Beliau turut menjelaskan bahawa kebarangkalian bagi mereka yang menggunakan tip-tip yang dinyatakan ini bagi mencapai kejayaan seperti yang diidamkan adalah tinggi dan memuaskan hati mereka semua.

Ilmu kalau yang telah didapati tetapi hanya sebagai bahan bacaan dan untuk dijadikan bahan simpanan dan koleksi sahaja tanpa mempraktikkannya akan merugikan sahaja apa sahaja ilmu yang kita perolehi.

Mana yang dirasakan baik pastikan kita gunakan manakala jika ia nya didapati tidak bersesuaian tinggalkan sahaja. Ambil yang jernih buang yang keruh. 

Sentiasa amalkan agar ilmu yang ada dipertingkatkan lagi sentiasa mengikut peredaran masa dan ketikanya di waktu kita sedang rancak menghadapi rentak persaingan yang tinggi yang perlu kita hadapi bersama.

Anda berminat tak untuk mengetahui tips dan pengalaman seorang usahawan internet berjaya?

Beliau berkongsi kisah kejayaannya di sini.

Untuk kembangkan wang anda, boleh ke sini.

Ahmad Hanizam

Solopreneur

Please follow and like us: