Niaga OYO dan Online

oleh Ribwan Ayob

NIAGA – OYO

Tiada apa yang baru, biasa saja. Modus operandi adalah pindahkan niaga lama ke dalam talian, itu saja.

Kemudian buat training staf supaya biasakan dengan sistem. Pusatkan pemasaran.

Melihat peluang.. Sasaran adalah pemilik hotel kecil. Mereka ini tiada kemahiran online, kekangan staf dan kos.

GoJek, Grab, Uber pun tiada yang baru… Hanya niaga yang telah wujud kemudian di onlinekan.

Dalam masa 5 tahun ini peluang masih terbuka.

Kata kuncinya adalah ‘pindahkan niaga lama ke dalam talian’.

Contoh:

Sekeliling kita ada kedai runcit tradisional. Peluang untuk pindahkan dalam talian, betapa besar pasaran ini. Tempah dalam talian, dan hantar.

Atau boleh kerjasama dengan kedai runcit sekitar. Bila ada tempahan, kita hantar. Kedai runcit sedia ada sekadar stor barang kita. Ambil komisen dari kedai pekedai runcit + kos penghantaran dari pelanggan.

5 tahun lagi, belian dalam talian akan jadi gaya hidup. Mungkin akan pupus perkataan ‘mahu ke kedai runcit’.

Apa lagi niaga tradisional yang boleh dipindahkan dalam talian?

Oh ye, saya juga masih tawarkan khidmat pengurusan kewangan di sini.

Please follow and like us:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *