Kebebasan Kewangan

Oleh : Dr. Shah Razali

Sewaktu saya mula-mula bertemu dengan coach saya lima tahun lalu, beliau pernah bertanyakan mengenai sesuatu, “Encik Shah, berapa banyak wang yang anda disimpan dan dilaburkan dalam tempoh enam tahun yang lalu?” Lalu saya katakan, “Tiada.”

Beliau menyambung soalannya kembali, “Siapa yang mencipta perancangan kewangan tersebut untuk anda?”

Adalah lebih baik untuk menjadi pemberi pinjaman daripada terus menjadi pengguna.

Untuk mencapai tahap kebebasan kewangan, anda hendaklah menukarkan sebahagian daripada pendapatan anda menjadi modal; kemudian tukarkan modal tersebut kepada perniagaan; kemudian tukarkan perniagaan tersebut kepada keuntungan, kemudian tukarkan keuntungan tersebut kepada pelaburan; dan tukarkan pelaburan sehingga mencapai tahap bebas kewangan.

Kebebasan kewangan adalah keupayaan anda untuk terus hidup hasil daripada pendapatan sumber peribadi anda sendiri.

Jika anda hanya bergantung harap kepada syarikat tempat anda bekerja untuk menjaga perancangan kewangan sepanjang tempoh persaraan anda nanti, nilai pendapatan masa hadapan anda hanyalah satu perlima daripada pendapatan anda sekarang.

Oleh itu, rancanglah kewangan anda dengan lebih baik untuk masa hadapan. Anda pasti boleh melipatgandakan kadar kewangan anda sepanjang tempoh tersebut lima kali ganda banyaknya berbanding sekarang.

Saya masih ingat lagi kata-kata saya kepada coach saya, “Jika saya mempunyai lebih banyak wang, saya pasti akan mempunyai rancangan kewangan yang lebih baik.” Beliau lantas membalasnya, “Pada pendapat saya, anda akan mempunyai lebih banyak wang jika anda mempunyai perancangan kewangan yang lebih baik.”

Lihat, wang bukanlah satu nilai yang penting namun perancangan kewanganlah yang amat penting dalam menghasilkan satu impak yang berbeza.

Jika anda perlihatkan kepada saya pelan kewangan semasa anda, adakah anda kira saya akan kelihatan begitu teruja tentangnya sehingga saya akan pergi ke seluruh negara dan bercerita mengenainya?

Jika jawapannya tidak, maka di sini soalan saya: “Mengapa tidak? Mengapa anda tidak mempunyai pelan kewangan yang lebih hebat yang mampu membawa anda ke mana sahaja yang anda mahu pergi?

Saya hanya mengatakan, “Ia terlalu mahal.” Jurulatih saya cepat-cepat memperbetulkan pernyataan tersebut, “Masalah tersebut bukanlah disebabkan kos yang terlalu mahal, ia hanyalah kerana anda tidak mampu.” Akhirnya saya faham, “wang” bukanlah masalahnya, namun masalahnya ialah “diri saya sendiri“.

Cara untuk capai kebebasan kewangan yang paling cepat adalah dengn bermula sekarang. Saya sedia membantu dan anda boleh klik di sini.

Please follow and like us:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *