Tip Menjadi Seorang Usahawan

Jika anda tidak suka bekerja dengan peraturan yang ditetapkan di syarikat, anda boleh memilih untuk memulakan perniagaan sendiri. Sebelum memulakan usaha, pastikan anda mempunyai:

1-PELUANG

Perlu dilihat ialah peluang untuk memasarkan produk. Anda perlu melihat daya beli masyarakat terhadap produk yang dikeluarkan. Jangan menggunakan bahan asas yang terlalu tinggi hingga menyebabkan kos meningkat. Sebaliknya keluarkan produk yang mampu dimiliki oleh pengguna.

2-KEUNTUNGAN

Dalam dunia perniagaan, naik turun adalah lumrah yang harus dihadapi. Jika belum beroleh keuntungan yang boleh dibanggakan, teruskan sahaja usaha. Mungkin belum lagi sampai rezeki anda. Selamat berjaya!

3-MODAL

Anda perlu menganalisis jumlah modal yang diperlukan sebelum memulakan perniagaan. Pastikan anda tahu keadaan pasaran dan gambaran kasar pengeluaran anda. Yang biasa kita tahu modal adalah dalam bentuk wang ringgit tetapi sebenarnya ia lebih daripada itu.

Selain daripada modal dalam bentuk wang ringgit, ia juga boleh dikategorikan pengalaman, kenalan dan diri sendiri.

4-SIKAP

Faktor ini adalah yang paling utama untuk mempastikan kejayaan perniagaan yang diusahakan kerana ia datang daripada diri usahawan sendiri. Kemahiran dan kepakaran boleh dibeli dengan melantik konsultan dan menggaji pekerja yang sesuai. Sikaplah yang akan menentukan sama ada usahawan itu sanggup menghadapi cabaran perniagaan ataupun tidak.

Untuk makluman juga, saya dalam perjalanan menjadi usahawan unit trust di sini.

Please follow and like us:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *