27/07/2021

Ahmad Hanizam

Kebebasan Kewangan Untuk Semua!

Realiti Bisnes Yang Tak Diajar di Universiti

Kalau kita nak success dalam apa jua business kita buat, theori yang kita belajar tak sama dengan realiti. Kita banyak diajar tentang panduan, tapi bukan hakikat roh dalam perniagaan.

1. Kebanyakan dari kita berjaya dengan  business apabila berada dalam keadaan terdesak, hutang yang banyak, hilang pekerjaan, atau berada dalam situasi yang sukar. Bukan kerana score subject pemasaran.

2. Tidur malam tidak selalu indah, ada yang tak sabar nak tunggu hari siang untuk mencari pendapatan, kerana sesetengah memikirkan hari esok apa keluarga hendak makan,  dan ada yang gelisah tidur malam kerana memikirkan tidak bekemampuan untuk membeli susu anak.

3. Mencari rakan sepasukan  yang serasi untuk mengembangkan perniagaan, sukarnya seperti mencari pasangan hidup.  Ianya memerlukan dedikasi, juga kena berkorban dengan masa yang  banyak untuk dilaburkan.

4. Leader kumpulan kerjanya bukan bagi arahan seperti boss dipejabat, siap ada “Yes Tuan”,  tapi mereka lebih memberi kepercayaan  kepada team members untuk melaksanakan sesuatu tugasan (empowerment).
Ingat, rakan pasukan kita bukan bekerja untuk leader, tapi mereka bekerja dengan leader.

5. Kejujuran cukup penting, jangan memperbodohkan pasukan kita dengan cerita cerita yang indah saja. Cara penyampaian kita tu cukup penting.

6. Kena berfikiran terbuka, dengan  cara baru, zaman baru, teknologi baru, dan keupayaan untuk bertahan apabila berada dlam keadaan tegang.
Tak boleh nak bangga dengan kejayaan kita dengan cara lebih 10 tahun dulu untuk dicontohi sahaja. Zaman berubah, cabaran juga berubah.

7. Create leader lain, kena selalu inspire  orang sekeliling tanpa henti. Tidak ada istilah jemu.

8. walaupun ada yang mulakan business dengan kesusahan sampai mengalir berkilo  air mata, tapi bila ianya sudah berkembang, segala keputusan yang dibuat tidak boleh hanya memberi kepetingan diri kita semata, tapi untuk satu pasukan .

9. Kejayaan ni, bukan berlaku satu malam, kerja keras menggunakan physical semata mata tidak menjamin kejayaan. Ianya perlu selari dengan kematangan emosi, dan daya kreativiti dan intelektual.

10. Have fun, memang bila terjebak dengan  business agak menakutkan, tapi tak boleh serius sangat.

Boleh share, untuk menyedarkan rakan rakan yang masih dibuai mimpi indah.

Kredit to Shaari Anuar II

Untuk ketahui bisnes apa yang beliau maksudkan, boleh lihat di sini.

Please follow and like us: