26/07/2021

Ahmad Hanizam

Kebebasan Kewangan Untuk Semua!

Kemahiran Mendengar

Kadang-kadang kita terlupa, apabila kita bercakap atau bersembang dengan prospek/bakal pelanggan kita bersembang seolah-olah kita bersembang dengan rakan karib kita sahaja.

Yang penting kita faham apa yang diperlukan bukan prospek tersebut faham apa yang kita tawarkan kepadanya. Itulah kesilapan kita yang tak sepatutnya terjadi.

Gunakanlah kemahiran ini apabila kita berhadapan dengan prospek nanti.

Antara skil yang perlu ada apabila kita mendengar adalah seperti berikut :

  • Duduk menegak dan diam mengikut keselesaan
  • Tunjukkan minat
  • Sandar ke hadapan
  • Dengar dengan penuh konsentrasiv. Ambil berat
  • Angguk kepala menunjukkan kita mengikuti dan faham perbualannyavii. Mata tepat memerhati kepadanya.

Pantang larang yang perlu diikuti:

  • Jangan menyampuk, membantah dan melawan
  • ‘Silence’kan telefon bimbit anda
  • Orang lain yang bercakap orang lain yang anda perhatikan
  • Jangan di tanya soalan yang sama berulang kali
  • Jangan bersiul, bertepuk tangan, mengerak-gerakkan kaki kita
  • Jangan asyik tersengih sahaja.

Sentiasa amalkan konsep 70/30, biarkan prospek yang bercakap lebih banyak dari kita.

Nak tahu apa yang diperlukan oleh pelanggan memerlukan dahulu penceritaan prospek kepada kita, jadi mudahlah kita untuk melakukan penawaran yang terbaik ke atas produk kita kepadanya.

Tahukah anda yang saya juga adalah unit trust consultant dan boleh lihat info selanjutnya di sini.

Please follow and like us: