27/07/2021

Ahmad Hanizam

Kebebasan Kewangan Untuk Semua!

Model Perancangan Kewangan Islam

Apa yang ingin saya kongsikan di sini ialah Resepi Kewangan dengan menggunakan 5 faktor dalam Perancangan Kewangan Islam iaitu:-

  • Resepi Penghasilan Harta
  • Resepi Pengumpulan Harta
  • Resepi Perlindungan Harta
  • Resepi Pembahagian Harta
  • Resepi Penyucian Harta

Setiap orang mempunyai pandangan yang berbeza-beza terhadap harta dan wang ringgit. Ada orang yang suka mengumpul wang ringgit, ada pula yang suka mengumpul aset seperti rumah, tanah dan emas.

Walau bagaimanapun, perancangan kewangan yang baik merangkumi aspek yang lebih menyeluruh.

Menikmati kesenangan masa kini dan beringatlah untuk memenuhi keperluan di masa hadapan.

Resepi Penghasilan Harta

Bekerja – pekerjaan membolehkan kita memperolehi duit dan harta. Oleh kerana persaingan mendapatkan kerja adalah sengit kita mestilah melengkapkan diri sebelum memulakan kerja. Melengkapkan diri dengan pelajaran, kemahiran dan sikap bekerja yang positif. Bercucuk tanam – Menabur budi pada tanah akan memperolehi pulangan. Persiapkan diri untuk bekerja keras dan bersabar dalam menanti pulangan.

Menternak – menternak lembu, ayam mahupun ikan memerlukan ilmu dan ketekunan. Bersedialah untuk melabur pada masa dan keringat..Berniaga – 9/10 dari sumber rezeki datangnya dari perniagaan. Berusahalah dengan bersungguh-sungguh dan cekal menghadapi rintangan.

Resepi Pengumpulan Harta.

Bercucuk tanam – Menabur budi pada tanah akan memperolehi pulangan. Persiapkan diri untuk bekerja keras dan bersabar dalam menanti pulangan.

Menternak – menternak lembu, ayam mahupun ikan memerlukan ilmu dan ketekunan. Bersedialah untuk melabur pada masa dan keringat.

Berniaga – 9/10 dari sumber rezeki datangnya dari perniagaan. Berusahalah dengan bersungguh-sungguh dan cekal menghadapi rintangan.

Resepi Pengumpulan Harta.

Pengumpulan harta boleh dilakukan dangan membuat simpanan berkhemah di dalam bank, tabung haji, ASB dan lain-lain. Melabur dalam unit amanah.

Resepi Perlindungan Harta.

Takaful adalah satu instrumen perlindungan harta. Takaful nyawa, Takaful Pendidikan, Takaful Kesihatan dan Takaful Am.

Resepi Pembahagian Harta.

Pembahagian Harta boleh dilakukan secara faraid ataupun menggunakan wasiat, hibah dan wakaf .

Resepi Penyucian Harta 

Penyucian harta boleh dilaksanakan dengan menunaikan zakat, sedekah, amal jariah dan pelbagai lagi. Zakat yang dimaksudkan adalah zakat fitrah, zakat harta, zakat pendapatan, zakat emas dan perak, zakat simpanan dan zakat perniagaan.

Tahukah anda? Pelaburan juga merupakan alat untuk mencapai matlamat kewangan dan saya ada kongsikan caranya di sini.

Please follow and like us: