Transformasi Dari Era Industri Ke Era Digital

Nik Hasyudeen

Saya sambung perkongsian Georg Kell, Pengerusi Arabesque. Arabesque menggunakan AI dan Machine Learning untuk membuat keputusan pelaburan bagi mempastikan perniagaan yang dipilih mematuhi kriteria ESG dan membawa kebaikan kepada alam, manusia dan masyarakat.

Bagi dana amanah BIMB Investment, kriteria patuh syariah menjadi kriteria tambahan.

Menurut Georg, proses digitalisasi dan nyah karbon akan menjadi pemacu utama bagi perniagaan di masa depan kerana kesan ke atas alam sekitar akan menjadi lebih ketara dan dirasai secara lansung oleh masyarakat global.

Ini akan mengubah kaedah menjalankan perniagaan dari aspek strategi, organisasi, sumber manusia, sumber alam, polisi dan sumber kuasa.

Rajah yang dikongsikan oleh Georg memaparkan perubahan berkenaan dan kita boleh nampak dengan jelas bagaimana nilai-nilai kemanusiaan akan menjadi dominan di dalam kaedah pengurusan dan pentadbiran perniagaan di masa hadapan.

Di sinilah Islam sebagai agama yang membawa rahmat boleh dijadikan sebagai tapak kepada mensejahterakan alam sekiranya umat Islam sendiri memahami agama mereka dengan betul dan menghidupkan prinsipnya di dalam kehidupan harian.

Adakah anda berminat untuk kembangkan wang anda di dalam dana Islamik? Boleh klik DI SINI.

Please follow and like us:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *