27/07/2021

Ahmad Hanizam

Kebebasan Kewangan Untuk Semua!

Kejayaan Jualan Menurut Cara Islam

6 perkara yg perlu ada untuk berjaya dalam melakukan JUALAN:

1. Yakin dengan Allah
Keyakinan sepenuhnya dengan Allah bukan dengan usaha. Apabila yakin dgn Allah, nusrah Allah bersama kita dan bawa sekali akhlak Rasulullah seperti rajin, tidak putus asa, sabar, amanah, tidak sombong, tidak riak dan ego.

2. Jaga solat
Yakin solat dapat selesaikan semua masalah, bawa sifat solat semasa melakukan jualan seperti cakap yang baik-baik sahaja dan bersifat rendah diri.

3. Hubungan dengan Allah setiap masa
Doa sebelum berjumpa pelanggan seperti “Ya Allah engkau yg maha bijaksana dan kami mengharapkan pertolongan Mu. Lembutkanlah hati pelanggan yang kami akan bertemu agar terbuka hatinya untuk bermuamalah dengan diri ku”

4. Ikramul Muslimin
Menjaga hubungan yang baik dengan pelanggan. Lakukan salam, toam, kalam, qiam. Beri hadiah atau cenderahati kepada pelanggan.

5. Ikhlas dalam nawaitu
Niat untuk membantu pelanggan dan mengeluarkannya dari punca gharar, maisir dan riba kerana Allah SWT. Tidak sama sekali di pengaruhi ganjaran pendapatan, komisen dan lain-lain. Dengan niat yang betul, kita akan dapat semua yang kita ingini.

6. Yakin jualan adalah satu usaha untuk pertingkatkan syiar muamalah Islam
Jadi kita perlu berusaha bersungguh-sungguh dan menerima cabaran yang ada dengan kesabaran yang bersungguh-sungguh.

Dalam jualan perlu buat pengorbanan masa, tenaga, wang ringgit dan perasaan. Apabila kita mempunyai 6 perkara ini, ia memberi kemanisan, keseronokan dan kejayaan.

Sumbangan ikhlas dari Tn Haji Mohd Noor Jab, Ipoh, Perak

Sekiranya anda berminat untuk melabur dan kembangkan wang anda, boleh klik di sini.

Please follow and like us: