Ilmu Marketing

Dari ABS

Ilmu marketing….

Dalam bisnes, ilmu marketing adalah ilmu yang paling tinggi. Ilmu ini juga yang paling penting dalam kejayaan bisnes.

Produk yang biasa-biasa sahaja sekalipun dapat dijual dengan banyaknya apabila marketingnya betul.

Bidang marketing mempunyai paling banyak teori dan strategi.

Macam-macam teori marketing telah dicipta dan sedang terus dicipta oleh pakar-pakar marketing.

Teori dan strategi marketing muncul dan hilang. Kadang-kadang teori lama muncul semula dengan menggunakan istilah-istilah baru.

Bidang marketinglah paling banyak menggunakan aplikasi ilmu-ilmu yang dibangunkan dalam disiplin ilmu-ilmu lain, daripada ilmu-ilmu strategi peperangan sehinggalah ilmu-ilmu desain dan ilmu kajian warna-warna.

Peniaga Melayu paling lemah dalam ilmu marketing. Kalau ditanya dia buat bisnes menggunakan teori marketing apa, 99% tidak dapat menjawabnya.

Marketing juga adalah aktiviti yang sangat mahal.

Banyak peniaga Melayu takut mengeluarkan duit untuk aktiviti marketing.

Kemudian mereka mengeluh jualan tidak tinggi, ataupun produk tidak laku…

Sudahkah anda mempunya pelan persaraan? Saya sedia membantu dan boleh ke sini.

Please follow and like us:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *