26/07/2021

Ahmad Hanizam

Kebebasan Kewangan Untuk Semua!

Dah Tak Mahu…

Beria-ia melakukan jualan pada prospek/pelanggan cukup malang rasanya apabila jawapan yang sebegini pula kita terima iaitu:

‘Saya belum berminat lagi’

‘Awat lambat…. saya baru sahaja mengambilnya dari orang lain”

‘Rasanya belum berkehendakkan lagi buat waktu sekarang’

‘Tak apa bila saya mahu nanti saya akan hubungi awak semula, jangan risau”

‘Dah, dah cukuplah, memang saya tak mahu…’

Macam-macam yang kita terima pelbagai alasan yang dikemukakan dan diberikan untuk tidak mahu menerima tawaran yang dikemukakan. Penat macam ni. Wang, masa dan tenaga telah banyak dicurahkan dan dihabiskan begitu sahaja namun hasil yang diharapkan menjelma tidak kunjung tiba.

Apa yang harus dilakukan?

Inilah yang perlu kita lakukan apabila berhadapan dengan prospek/pelanggan jika berlaku dan terjadi kepada kita. Mungkin cara dan kaedah yang dinyatakan ini sebagai satu cadangan untuk kita lakukan apabila situasi sebegini terjadi dan berlaku kepada kita iaitu:

Berikan penghargaan

Ucapkan terima kasih di atas kesudian meluangkan masa kepada kita walaupun hati turut sama sekali terasa terkilannya. Fikir positif sebagai satu ujian dari Allah untuk kita bersabar dan berusaha dengan lebih bersungguh lagi.

Jangan mudah berputus asa tapi jadikan pendorong dan penambah pengalaman kerana apa juga pengalaman yang kita tempuh sudah pasti tidak boleh kita dapati di mana juga melainkan situasi sebegini yang kita tempuh dengan sendirinya sebagai mematangkan diri kita melakukan jualan.

Mohon pengesahan

Lakukan secara berhemah dan bersopan dapatkan pengesahan dahulu sebelum beredar meninggalkan tempat prospek/pelanggan begitu sahaja. Jangan suka-suka hati memberikan kesimpulan dengan segera tanpa kita ketahui apa yang sebenarnya prospek/pelanggan mahukan.

Dapatkan pengesahan dari mereka sama ada mereka benar-benar tidak berminat atau bagaimana. Yang penting tebalkan muka hati kena kering untuk melakukannya.

Masukkan dalam senarai di masa hadapan

Mungkin bukan di masa kini tapi mungkin di masa hadapan. Tiada siapa yang boleh mengetahuinya apa yang akan berlaku di masa akan datang. Semuanya Allah yang tentukan dengan syarat kita rajin berusaha tidak kira masa dan harinya.

Mungkin di masa kini mereka tidak berminat, tak tahu lagi di masa hadapan. Semuanya atas kerajinan dan usaha kita juga untuk mencubanya di lain kali dan di waktu yang berbeza pula.

Yang penting jangan mudah dipotong nama mereka tapi diletakkan semula untuk melakukan temu janji terhadap mereka di masa hadapan. Sekali kita gagal bukan bermakna kita akan gagal selama-lamanya.

Tanyakan ada apa-apa bantuan dan pertolongan yang perlu diberikan

Lain produk lain jalan penyelesaiannya. Kenali apa yang mereka perlukan supaya produk yang ditawarkan boleh disesuaikan dengan masalah yang mereka tanggung selama ini. Tidak semuanya sama. Lain padang lain belalangnya. Kena ambil tahu dan prihatin sedikit akan apa yang kita lakukan bersesuaian dengan masalah yang ditanggung oleh mereka selama ini.

Makin cepat kita ketahui permasalahan mereka makin mudah untuk kita hulurkan bantuan dan pertolongan kepada mereka tanpa perlu rasa ragu sama sekali.

Yang penting jangan mudah putus asa dan kecewa. Bersabar dan bertenang sentiasa. Gagal sekali bukan bermakna gagal setiap masa.

Setiap persoalan sudah pasti ada jalan penyelesaiannya. Teruskan usaha lipat gandakan lagi pencarian yang bersesuaian dengan prospek/pelanggan yang berjaya ditetapkan melalui temu janji. Sentiasa bersopan dan berhemah tunjukkan yang kita hadir di hadapan mereka adalah untuk membantu sebaik yang mungkin.

Sebenarnya, saya sendiri pun buat sales. Jika nak tahu, boleh ke sini.

Please follow and like us: