27/07/2021

Ahmad Hanizam

Kebebasan Kewangan Untuk Semua!

Apa Itu Content Marketing?

Kenapa Anda Harus Menggunakan Content Marketing?

Content marketing adalah satu kuasa baru yang harus disegani. Content marketing atau pemasaran kandungan adalah cara baru untuk menarik, menguasai dan berhubung dengan consumer/audience dimana teknik menghasilkan dan mengedarkan kandungan (content) yang relevan serta berkualiti kepada trafik yang disasarkan – dengan matlamat untuk memandu tindakan trafik yang menguntungkan.

Pengurangan risiko – Content marketing membina kepercayaan dengan membekalkan trafik informasi yang akan membantu mereka membuat keputusan yang betul, ini akan mengurangkan risiko kepada organisasi atau individu.
Lead generation – Content membawa trafik seperti juga “menangkap” trafik melalui opt-in form.
Menambah lead – Selain dari membina lead, content yang “kuat” akan mendidik dan memberi maklumat, membina program menambah lead yang kukuh.

Menurut Marketo.com platform yang paling popular yang digunakan oleh pemilik bisnes untuk melakukan content marketing adalah media social (79%), artikel (78%), in person event (62%) sementara blog (51%).

Ini bermakna media social masih lagi digunakan sebagai platform yang berkesan untuk melakukan content marketing. Tetapi nasihat saya jangan anda memindahkan semua marketing strategi anda ke media social kerana ada keburukannya.

Syarikat yang mempunyai lebih daripada 1,000 pekerja cenderung untuk menggunakan 9 taktik content marketing sementara hanya 6 taktik yang digunakan oleh syarikat yang mempunyai kurang 1,000 pekerja.

Twitter menduduki tempat pertama sebagai site yang paling banyak digunakan oleh marketer untuk mengedarkan content mereka (55%) diikuti oleh Facebook (54%), Linkedln (51%) dan Youtube (38%).

Content Adalah Cara Marketing Kini – Dan Masa Depan

Ulang baca definisi content marketing sekali lagi, tetapi kali ini ambil yang relevan dan yang berkualiti. Itulah perbezaan antara content marketing dengan maklumat “sampah” lain yang anda terima daripada syarikat-syarikat yang cuba untuk menjual “barang mereka” kepada anda.

Syarikat menghantar kepada kita maklumat sepanjang masa – yang kebanyakannya tidak sangat relevan atau berkualiti (anda boleh mengatakan spam? ). Itulah yang membuat content marketing begitu menarik dalam persekitaran hari ini. Content marketing yang baik menyebabkan seseorang itu berhenti … membaca … berfikir … berkelakuan … berbeza.

Pemasaran adalah mustahil tanpa content yang hebat

Tidak kira apa jenis taktik pemasaran yang anda gunakan, content marketing harus menjadi sebahagian daripada proses, bukan sesuatu yang berasingan. Content yang berkualiti merupakan sebahagian daripada semua bentuk pemasaran:

Sosial media marketing: content strategy datang sebelum strategi media sosial anda.
SEO: Search enjin memberi ganjaran kepada perniagaan yang menerbitkan content berkualiti yang konsisten.
PR: Strategi PR yang berjaya menangani isu-isu yang pembaca ambil berat, bukan perniagaan mereka.
PPC: Untuk PPC yang berkesan, anda perlu content yang hebat sebagai tulang belakangnya.

Setelah anda membina kepercayaan dengan trafik anda, anda bukan saja dapat menjadikan mereka pengikut setia anda tetapi juga sebagai pembeli produk atau servis anda. Bukan juga hanya sekali tetapi pembeli berulang. Nasihat saya, jika anda belum libatkan diri dengan content marketing, bermula sekarang.

sumber: Shamshul.com

Blog ini dibangunkan untuk memperkenalkan peluang gandakan wang anda tanpa menggunakan tunai. Info lanjut di sini.

Please follow and like us: