Teknik Melakukan ‘Direct Approach’

Di dalam memastikan tindakan ‘Direct Approach’ ini berjaya dilakukan adalah disarankan seperti berikut untuk cuba dipraktikkan iaitu dengan cara:

Mulakan dengan senyuman, muka yang ceria dan perkenalkan diri dengan cara yang bersungguh. Sebutan nama biarlah dipastikan prospek/pelanggan tersebut mendengar dengan jelas dan terang supaya prospek/pelanggan tersebut begitu mudah untuk mengingati nama kita.

Paling baik disertakan sekali dengan kad perniagaan yang sedia ada.

Dalam meneruskan perbualan teruskan berkata “PERNAH TAK DENGAR TENTANG SYARIKAT KAMI?” Ada dua kemungkinan jawapan balas dari prospek/pelanggan yang akan diberikan iaitu:.

Andai kata maklum balasnya ‘Ada’ teruskan pertanyaan dengan produk apa yang telah ia ketahui supaya jarum seterusnya berkenaan dengan produk apa yang ingin ditawarkan dapat dimaklumkan kepada prospek/pelanggan tersebut.

Andai kata maklum balasnya ‘Tidak’ pula teruskan tindakan kita pula untuk menceritakan segala kelebihan yang ada pada produk yang disasarkan untuk dijual secara ringkas bagi menarik minat prospek/pelanggan memberikan maklum balas seperti mana yang dikehendaki..

Di waktu inilah prospek/pelanggan tersebut akan menunjukkan tindak balas sama ada berminat ataupun tidak. Inilah peluang anda untuk mendapatkan kedudukan prospek/pelanggan tersebut melalui jika:

  • Mereka berminat, teruskan presentasi dan ceritakan kepada mereka tentang produk-produk untuk ditawarkan
  • Mereka langsung tidak berminat, maka lakukanlah perkara seperti berikut:.

Ucapkan terima kasih atas luangan masa mereka kepada kita. Memohon kemaafan di gangguan kehadiran kita kepada mereka. Cuba dapatkan lagi info prospek tersebut dengan cara berhemah. Ingatkan mereka untuk menghubungi mereka semula jika tiada keberatan.

Kita perlu kenal pasti prospek/pelanggan tersebut akan masa dan tempat melakukan kaedah ini supaya di masa hadapan jika bertemu dengan prospek/pelanggan yang sama kita sama sekali tidak mengulanginya semula pada prospek/pelanggan yang sama pula

Kaedah yang diberikan ini adalah satu cadangan sahaja dan boleh juga dipraktikkan jika ada kesesuaiannya.

Jangan malu untuk melakukan sesuatu yang baru dan boleh mendatangkan faedah kepada diri kita sendiri kerana selagi kita tidak mencubanya selagi itulah kita tidak mengetahuinya sama ada ianya efektif ataupun tidak dalam melakukan jualan seperti mana yang diperlukan.

Please follow and like us:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *