27/07/2021

Ahmad Hanizam

Kebebasan Kewangan Untuk Semua!

Pembentangan Tanpa Sebarang Nota

Tindakan paling bijak adalah apabila melakukan presentasi di hadapan prospek/pelanggan adalah cuba untuk mengelak membawa dan membaca nota-nota yang kita rasakan perlu untuk kita. Mungkin ianya agak melecehkan tetapi antara kelebihan-kelebihan yang boleh kita dapati adalah dengan cara:

Walaupun tanpa nota, kita jangan sama sekali memikirkan tentang apa yang kita perkatakan sebagai satu prestasi untuk diri kita tetapi kita perlu menganggapkannya sebagai satu seni perbualan yang boleh menarik minat pendengar mendengar satu celoteh dan penyampaian bermaklumat secara bersahaja dari kita tanpa ada terlalu sibuk merujuk kepada nota kita.


Kita akan merasa lebih tenang dan relax setiap tindakan kita memandangkan tangan kita tiada memegang apa-apa dan hanya memberi tumpuan dan fokus kepada prospek/pelanggan di hadapan kita. Idea yang datang lebih banyak originalitinya dan orang akan melihat kita lebih bersungguh-sungguh untuk melakukannya.

Keyakinan kita lebih terserlah dan meningkat dengan sendiri tanpa ada gangguan yang kita telah kenal pasti sebelum ini. Kita bebas melakukannya.

Pengulangan         

Mendapatkan maklum balas pendengar kita         

Skil presentasi kita lebih terserlah         

Terus pergunakan tunjuk ajar yang kita perolehi dari mentor kita atau sifu kita sendiri       

Sentiasa mahu terus lakukan latihan demi latihan.

Pasti menambahkan lagi kefahaman kita tentang produk yang kita tawarkan.

Tindakan bijak kita dengan bijak pergunakan ‘Power Point’ membantu presentasi kita. Kena ingat jangan di baca apa yang di tulis pada ‘Power Point’ kita tetapi kita terus menghuraikan point-point yang ada ‘Power Point tersebut agar pemerhati kita lebih mudah memahami apa yang kita ingin sampaikan dengan lebih berkesan lagi.

Tindakan terbaik semasa melakukan penyampaian adalah dengan membayangkan apa yang kita perkatakan. Lebih mudah dengan cara sebegini kerana apa yang kita pertuturkan adalah mengikut kesesuaian tempat dan kehadiran pendengar. 

Ingin mendapatkan perhatian dari pendengar kita kena pelajarinya dahulu dari orang yang biasa melakukannya di samping pendedahan pengalaman yang akan mematangkan lagi tindakan kita tanpa ada sikap putus asa dan berasa rendah diri. 

Keyakinan akan terbina apabila kita sering melakukan presentasi dan perbaiki mana-mana kesilapan kita untuk tidak kita ulangi lagi di masa hadapan tanpa merasa jemu.

Sentiasa bermotivasi sebagai tanda yang kita sering dahagakan kejayaan seperti mana yang kita idamkan sendiri.

Saya gunakan skill pembentangan saya untuk plan pelaburan bijak di sini.

Please follow and like us: