Bina Jenama Daripada Nama Kita Sendiri

Tahukah kita bahawa nama yang ada pada diri kita adalah sesuatu yang unik dan pemberian daripada kedua ibu bapa kita sendiri. Dengan nama kita yang ada bukan setakat orang akan lebih mengenali kita tetapi juga Allah akan lebih mudah memanggil nama kita nanti di Padang Mahsyar tatkala diadili di hari kemudian.

Begitulah hebatnya nama yang ada pada diri kita. Sanggup kah kita jika ada orang hanya memanggil diri kita sebagai hoi, awak dan sebagainya yang boleh mendatangkan kemarahan dan kesakitan dalam diri kita apabila mendengarnya? Nama kita adalah juga maruah diri kita yang perlu kita jaga seperti mana diri kita sendiri juga.

Tibalah masanya untuk kita membina nama kita di pasaran agar lebih mudah untuk kita melakukan jualan kepada siapa juga yang bakal dan akan kita temui. Nama kita adalah diibaratkan sebagai satu jenama yang harus kita perkenalkan di pasaran. Bila jenama nama kita di perkenalkan dan telah dikenali maka terdapat kelebihan-kelebihannya untuk diri kita sendiri seperti:

Mudah dikenali

Kita berada di mana pun juga kita akan dikenali dan disebut oleh orang. Kitai kata kita tiada di tempat tersebut tetapi orang masih menyebut nama kita kepada rakan sekerja kita. Bukan untuk menjadi orang terkenal seperti selebriti yang ada tetapi sebenarnya memudahkan lagi tindakan kita bagi melakukan lagi jualan pada kita

Senang dicari

Apabila nama kita telah dibina maka orang akan lebih mudah mencari dan menemui kita di mana juga kita berada. Bila orang telah mengenali kita maka kita akan lebih mudah lagi mengambil peluang yang terhidang untuk meyakinkan dan memudahkan lagi urusan jualan kita bagi menerima penawaran yang ditawarkan.

Sebagai satu tempat rujukan

Bila orang sudah tahu, bila mereka memerlukan sahaja produk yang diingini, maka kita akan dijadikan tempat membuat rujukan terlebih dahulu. Kalau kita cukup pkitai dan mahir dalam memberikan satu konsultasi yang memuaskan hati mereka pasti penutupan jualan terus akan kita dapati dari mereka kerana mereka merasakan segala permasalahan dan bebanan kesusahan mereka kita dapat membantunya dengan segera, cepat dan pantas hanya kerana cara kita membantu mereka.

Mendapat kepercayaan

Pelanggan-pelanggan yang begitu bergembira perkhidmatan yang telah kita berikan kepada mereka sudah pasti mereka akan lebih mempercayai dan meyakini kehadiran kita tanpa merujuk kepada orang lain. Bila kita sudah mendapat kepercayaan dari pelanggan kita sendiri, hebahan mulut pasti akan terjadi di kalangan pelanggan kita dan ini memudahkan lagi mendapatkan referral dari pelanggan kita apabila kita memohon dan meminta daripada mereka.

Jualan berulang

Jualan berulang pasti berlaku lagi pada pelanggan kita hanya kerana pelanggan tersebut telah mempercayai dan yakin terhadap kita. Yang penting jangan sama sekali malu untuk bertanya kerana selagi kita tidak bertanya walaupun sudah menjadi pelanggan kita sampai bila-bila pun kita tidak akan tahu sama sekali. Kena pkitai ambil kesempatan ke atas pelanggan kita.

Jangan malu dan segan dengan nama yang sudah ada dengan kita. Lebih ramai yang tahu nama kita melakukan jualan lebih mudah untuk kita berurusan dengannya.

Pergunakan ia bagi memudahkan lagi urusan melakukan jualan. Yang penting sentiasa berhemah, bersopan santun dan berikan perkhidmatan yang terbaik kepada mereka. Sampai bila-bila mereka pasti dan mesti mengingati kewujudan nama dan diri kita.

Sebelum terlupa, saya juga sedang bina jenama dengan memasarkan pelan pelaburan terkini di sini.

Please follow and like us:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *