27/07/2021

Ahmad Hanizam

Kebebasan Kewangan Untuk Semua!

Cepat Bangun, Terpaksa Kaya Berjaya

Pernah tonton filem Rocky Balboa?

Yang dibintangi oleh Sylvester Stallone. Seorang ahli tinju yang mempunyai impian besar. Dalam satu adengan cerita beliau, terdapat satu petikan yang membuatkan saya terdetik hati untuk berkongsi dengan anda.

Ia berkait rapat dengan mencipta kejayaan, kekayaan dan kebahagiaan.

Petikan itu adalah:

Tidak kira berapa kali kita jatuh (gagal), itu bukan soalnya.

Ayat ini yang menjentik hati saya,

Soalnya adalah berapa cepat kita bangun daripada kegagalan.

Dalam tinju, selagi mana kita pantas bangun daripada terjatuh, maka kita masih lagi belum gagal 100%. Begitu juga dalam hidup..

Jika anda pernah gagal dan tertiarap, kegagalan itu tiba apabila kita memilih untuk tidak lagi bangun.

Oleh yang demikian, lakukan tindakan ini apabila anda menghadapi kegagalan atau kesukaran:

1) Segera bangun! Jangan duduk diam sahaja.

2) Belajar daripada kegagalan. Sentiasa ’try & adjust‘. Cepat bangun, cepat berjaya!

Please follow and like us: