26/07/2021

Ahmad Hanizam

Kebebasan Kewangan Untuk Semua!

Apa Itu Barah Wang?

Anda perlukan duit bukan?

Maka artikel ini mungkin yang paling penting pernah anda baca dalam seumur hidup anda. Kerana kita akan berkongsi tentang ‘barah kewangan’.

Ia bukan isu main-main.

Apa yang saya lihat hari ini, orang ramai suka untuk membelanjakan duit ke jalan yang ‘haram’. Haram yang saya maksudkan adalah:

1) Beli liabiliti. Iaitu barang-barang yang tidak membawa duit masuk.

2) Guna kad kredit untuk membeli barang yang memenuhi keperluan nafsu.

3) Tidak membuat sebarang teknik untuk menggandakan duit.

Ramai orang mahu mempunyai duit berjuta-juta. Namun percaya cakap saya, anda tidak akan kaya.

Selagi anda tidak tahu bagaimana untuk menguruskan wang sendiri.

Jika RM10,000 pun kita tidak boleh kawal nafsu berbelanja, inikan pula RM1,000,000 (RM1 juta).

Itu sebabnya T. Harv Eker pernah berpesan, “The difference between rich and poor people – their financial thermostat.”

Maksud financial thermostat?

Ia adalah indikator penerimaan anda terhadap jumlah duit.

Ada orang, apabila menerima RM1 juta ke dalam akaun, terus dibelanjakan wang itu untuk membeli rumah besar, kereta besar dan pelbagai lagi. Lama kelamaan, mereka hidup miskin semula.

Jadi, sebelum terjerumus dalam barah kewangan, sila baiki pengurusan kewangan sendiri terlebih dahulu.

Mulakan dengan menyimpan 10% daripada jumlah keseluruhan pendapatan bulanan anda. 

Adakah anda ingin tahu cara kembangkan duit anda?

Sila klik DI SINI.

Please follow and like us: