27/07/2021

Ahmad Hanizam

Kebebasan Kewangan Untuk Semua!

Kenali Inflasi

Pasti ramai yang tahu tentang inflasi dan tahukah anda, inflasi bermaksud suatu kenaikan dalam tingkat harga umum barangan dan perkhidmatan dalam sesebuah ekonomi dari semasa ke semasa.

Dengan peningkatan tingkat harga umum, setiap unit matawang cuma dapat membeli barangan dan perkhidmatan dalam jumlah yang lebih rendah daripada sebelumnya.

Oleh itu, inflasi juga mencerminkan penurunan dalam kuasa beli wang berkenaan iaitu satu kehilangan nilai sebenar dalam medium pertukaran dalaman dan unit akaun dalam sesebuah ekonomi.

Satu ukuran utama bagi inflasi harga adalah kadar inflasi iaitu perubahan peratusan tahunan di dalam sesuatu indeks harga umum (biasanya disebut Indeks Harga Pengguna) dari masa ke semasa.

Kesan inflasi terhadap sebuah ekonomi adalah pelbagai dan boleh jadi positif dan negatif serentak. Kesan negatif inflasi termasuk pengurangan nilai sebenar wang dan item-item monetari lain dari masa ke semasa, ketidakpastian terhadap inflasi pada masa hadapan boleh mengurangkan pelaburan dan simpanan, dan inflasi yang tinggi boleh membawa kepada kekurangan barangan apabila pengguna mula menyorokkan barangan kerana bimbang harga akan naik pada masa akan datang.

Inflasi adalah musuh utama duit simpanan anda.

Kenaikan kadar inflasi akan menyebabkan duit simpanan anda akan menurun nilai kuasa membelinya. Oleh yang demikian, jika kita tidak melakukan sesuatu untuk melawan inflasi, maka simpanan kita sebenarnya semakin merosot nilai kuasa membelinya.

Satu masa dulu kita boleh membeli roti canai kosong dengan hanya 50 sen sekeping, tapi kini di bandar-bandar besar roti canai sudah mencecah RM1. Bayangkan betapa nilai duit akan terhakis disebabkan kadar inflasi.

Oleh yang demikian kita mesti belajar cara terbaik untuk melawan inflasi supaya pulangan pelaburan duit anda mampu mengatasi kadar inflasi pada setiap tahun. Sudah tentu salah satu cara ialah dengan melakukan pelaburan yang bijak, selamat dan sesuai dengan matlamat anda. 🙂

Jika anda ada sebarang soalan mengenai pelaburan unit, boleh klik DI SINI.

Please follow and like us: