27/07/2021

Ahmad Hanizam

Kebebasan Kewangan Untuk Semua!

Teknik Mengatasi Ketakutan Dalam Diri

Perasaan takut adalah emosi yang bergelumang dalam diri setiap manusia. Tidak ada sesiapa pun yang terkecuali daripada rasa takut. Namun begitu, untuk berjaya, penting untuk anda menjinakkan ketakutan.

Soalnya bagaimana?

Beri perhatian 100% dalam artikel ini kerana saya akan berikan jawapan yang dapat mengubah anda daripada seorang yang penakut, menjadi seorang yang BERANI pada tahun 2019.

Reset Akal, Reset Minda

Ubah cara kita berfikir. Ini adalah teknik untuk mengatasi ketakutan pada peringkat awal.

Apa yang perlu anda lakukan adalah:

1) Jika takut untuk berniaga, maka fikirkan bagaimana perniagaan dapat membantu anda untuk mempunyai banyak duit.

Banyak duit = Boleh bantu ramai orang.

Kerana ramai orang tidak berniaga kerana takut riak, sombong dan sebagainya. 

Hakikatnya, tidak semua orang kaya memiliki sifat yang hina itu. Malah tidak malu untuk saya katakan, bahawa golongan miskin lebih banyak berfikiran seperti itu.

2) Untuk ubah cara kita berfikir, maka ubah golongan kawan-kawan. Cari rakan-rakan yang mempunyai sikap:

  • Positif
  • Menyokong usaha
  • Mempunyai impian

Rapatkan diri anda dengan golongan-golongan ini.

:)

Percaya atau tidak, siapa diri anda lagi 5 tahun akan datang ditentukan oleh siapa rakan-rakan anda sekarang. 

Fikir sedalam-dalamnya ayat saya ini.

Anda ingin tahu satu teknik kembangkan wang anda? DI SINI caranya.

Please follow and like us: