Pinjaman vs Ekuiti

Kenapa syarikat menamakan saham?

Kenapa perlu para pengasasnya berkongsi keuntungan dengan beribu-ribu orang lain bila mereka boleh menyimpan keuntungan untuk diri sendiri?

Sebabnya ialah pada masa yang sama setiap syarikat perlu menambah modal. Untuk melaksanakannya, syarikat boleh sama ada meminjamnya daripada seseorang atau meningkatkan modalnya dengan menjual sebahagian syarikat yang mana ia dikenali sebagai penawaran saham.

Syarikat boleh meminjam dengan mengambil pinjaman daripada pihak bank atau menawarkan bon. Kedua-dua kaedah sesuai dikategorikan sebagai pembiayaan hutang (debt financing).

Dalam pada itu, penawaran saham dipanggil pembiayaan ekuiti (equity financing). Penawaran saham mempunyai kelebihan terhadap syarikat kerana ia tidak menghendaki syarikat membayar semula wang atau membuat bayaran faedah sepanjang tempoh tersebut.

Apa yang para pemegang saham dapat sebagai pulangan bagi wang mereka ialah potensi di mana saham tersebut akan mempunyai nilai yang lebih tinggi pada suatu hari nanti daripada apa yang mereka laburkan sekarang. Penjualan pertama saham yang mana ia ditawarkan sendiri oleh syarikat persendirian tersebut dipanggil IPO (Initial Public Offering) atau Saham Terbitan awam.

Adalah penting anda memahami perbezaan antara satu syarikat membiayai melalui pinjaman dan membiayai operasinya melalui ekuiti. Apabila anda membeli satu instrumen hutang seperti bon, anda dijamin pulangan ke atas wang anda (pokok) bersama-sama bayaran faedah yang dijanjikan.

Ini tidak terjadi dengan pelaburan ekuiti. Dengan menjadi pemilik, anda menjangka risiko syarikat tidak berjaya – seperti juga pemilik bisnes tidak dijamin pulangan, begitu juga pelabur saham.

Sebagai pemilik, tuntutan anda ke atas aset lebih kecil berbanding para pemiutang. Ini bermakna jika syarikat mengalami bankrap atau pembubaran, anda sebagai pemilik saham, tidak akan mendapat apa-apa sehinggalah pihak bank dan pemegang bon telah dibayar terlebih dahulu. Situasi ini dipanggil ‘absolute priority.’

Pemegang saham mendapat banyak jika syarikat berjaya tetapi mereka juga menanggung risiko untuk rugi keseluruhan pelaburan jika syarikat mengalami kegagalan.

Risiko

Perlu ditekankan bahawa tiada jaminan apabila membicarakan saham individu. Sesetengah syarikat membayar dividen, tetapi banyak yang lain tidak. Dan tiada tanggungan untuk membayar dividen walaupun kepada firma yang secara tradisi melakukannya sebelum ini.

Tanpa dividen, pelabur boleh membuat duit ke atas saham hanya melalui peningkatan nilai saham di pasaran terbuka. Di sebaliknya pula, sebarang saham mungkin mengalami bankrap di mana pelaburan anda tidak akan mempunyai nilai lagi.

Walaupun risiko mungkin kedengaran semuanya negatif, ada juga bahagian yang menarik.

Mengambil risiko yang lebih tinggi menghendaki pulangan yang lebih tinggi ke atas pelaburan anda.

Inilah sebabnya kenapa saham melalui rekod sejarahnya mengatasi prestasi pelaburan-pelaburan lain seperti bon dan akaun simpanan.

Bagi jangka panjang, satu pelaburan di dalam saham mempunyai sejarah sering memberi purata pulangan sekitar 10-12%.

Ada lagi maklumat tentang manfaat saham di sini.

Please follow and like us:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *