Jenis-jenis Saham

Terdapat dua jenis saham yang utama iaitu saham biasa (common stock) dan saham keutamaan (preferred stock).

Saham Biasa

Saham biasa ialah seperti namanya adalah biasa. Apabila orang ramai bercakap tentang saham, mereka selalunya merujuk kepada saham jenis ini. Buktinya, majoriti saham yang ditawarkan adalah dalam bentuk ini. Kita pada asasnya telah menggunakan sifat-sifat saham biasa di dalam perbincangan sebelum ini.

Saham biasa mewakili pemilikan di dalam sesuatu syarikat dan juga tuntutan (dividen) ke atas sebahagian daripada keuntungannya. Para pelabur mendapat satu undi setiap setiap saham untuk memilih ahli lembaga pengarah, siapa yang boleh memantau keputusan penting yang dibuat oleh pihak pengurusan syarikat.

Bagi jangka masa panjang, saham biasa, dari segi perkembangan modal, menghasilkan pulangan yang lebih tinggi berbanding hampir semua jenis pelaburan lain.

Pulangan yang lebih tinggi juga datang bersama dengan kosnya di mana saham biasa dianggap paling berisiko. Jika sebuah syarikat mengalami bankrap ataupun pembubaran, pemegang saham biasa tidak akan menerima satu sen pun wang mereka sehinggalah para pemiutang, pemegang bon dan pemegang saham keutamaan telah dibayar.

Saham Keutamaan

Saham keutamaan mewakili satu kedudukan pemilikan tertentu di dalam syarikat tetapi biasanya tidak mempunyai hak mengundi (keadaan mungkin berlainan antara sesebuah syarikat).

Dengan saham keutamaan, pelabur biasanya dijamin satu kadar dividen tetap selamanya. Ini adalah perbezaan utama berbanding saham biasa, di mana kadar dividen yang pelbagai dan tidak pernah dijamin.

Satu lagi kelebihan ialah di dalam keadaan pembubaran syarikat, pemegang saham keutamaan dibayar dahulu sebelum pemegang saham biasa. (tetapi masih lagi selepas pemiutang).

Saham keutamaan mungkin juga boleh menjadi boleh panggil (callable), bermaksud syarikat mempunyai pilihan untuk membeli saham-saham daripada pemegang saham pada bila-bila masa untuk sebarang sebab (biasanya pada kadar premium).

Sesetengah orang menganggap saham keutamaan lebih kepada pinjaman berbanding ekuiti. Satu cara yang baik untuk memikirkan jenis saham ini ialah dengan melihatnya di antara bon dan saham biasa.

Bagaimana Saham Diniagakan

Sebahagian besar saham diniagakan di bursa saham, satu tempat di mana pembeli dan penjual bertemu dan memutuskan harga. Sesetengah bursa merupakan satu lokasi fizikal di mana urusniaga dijalankan di atas lantai dagangan.

Anda mungkin pernah melihat gambar tempat urusniaga di mana para pedagang sibuk menuding tangan, melambai, menjerit dan memberi isyarat sesama sendiri.

Jenis bursa yang lain ialah dalam talian terdiri daripada jaringan komputer di mana urusan dibuat secara elektronik.

Tujuan sebuah pasaran saham ialah untuk menyediakan tempat pertukaran sekuriti antara pembeli dan penjual mengurangkan risiko pelaburan.

Bayangkan betapa sukarnya untuk menjual saham jika anda perlu memanggil sekelian jiran tetangga, rakan-rakan dan sebagainya dalam usaha mencari seorang pembeli.

Benar, sebuah pasaran saham merupakan tidak lebih daripada satu pasaran peladang yang amat canggih menghubungkan para pembeli dan penjual.

Please follow and like us:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *