Asas Saham: Apakah Dia Saham?

Definasi Saham

Menjadi Seorang Pemilik

Secara ringkasnya, saham ialah satu bahagian pemilikan di dalam satu syarikat. Saham mewakili satu tuntutan ke atas aset dan pulangan syarikat. Apabila anda memiliki lebih banyak saham, bahagian pemilikan anda dalam syarikat berkenaan menjadi lebih besar. Tidak kiralah sama ada anda memanggilnya saham, shares, stock atau ekuiti, ia membawa maksud yang sama.

Dengan memegang satu saham syarikat bermakna anda merupakan salah seorang daripada ramai pemilik (pemegang saham) syarikat dan dengan itu, anda mempunyai hak tuntutan (walaupun sebenarnya amat kecil) ke atas setiap apa yang dimiliki oleh syarikat.

Ya, ini bermakna secara teknikalnya anda memiliki sebahagian kecil pada bahagian perabot, setiap tanda niaga, dan setiap kontrak perolehan syarikat. Sebagai seorang pemilik, anda layak ke atas bahagian anda terhadap pulangan pendapatan syarikat termasuk sebarang hak mengundi yang ada ke atas saham tersebut.

Satu saham biasanya diwakili oleh satu sijil saham. Ia adalah sekeping kertas yang membuktikan pemilikan anda. Pada zaman komputer kini, anda tidak lagi dapat melihat dokumen ini kerana broker anda menyimpan rekod-rekod berkenaan secara elektronik di mana ia juga dikenali sebagai “in street name.”

Ini dibuat bagi menjadikan saham-saham lebih mudah diniagakan.

Sebelum ini, apabila seseorang mahu menjual sahamnya, dia perlu membawa sijil saham kepada broker. Sekarang, urusniaga hanya dilakukan dengan tetikus di hujung jari atau satu panggilan telefon menjadikan hidup lebih mudah kepada semua orang.

Menjadi seorang pemegang saham kepada sebuah syarikat awam bukannya bermaksud anda mempunyai suara dalam urusan bisnes seharian syarikat berkenaan. Malahan satu undi setiap saham untuk memilih lembaga pengarah di mesyuarat tahunan merupakan lanjutan kepada hakikat yang anda mempunyai suara di dalam syarikat.

Sebagai contoh, sebagai pemegang saham Microsoft tidak bermakna anda boleh memanggil Bill Gates dan arahkan beliau bagaimana anda fikirkan tentang syarikat patut dijalankan. Dalam pemikiran yang sama, menjadi seorang pemegang saham syarikat Coca-cola tidak bermaksud anda boleh berjalan masuk ke dalam kilang dan ambil satu kotak Coke!

Pihak pengurusan syarikat perlu meningkatkan nilai syarikat untuk para pemegang saham.

Jika sebaliknya, para pemegang saham boleh mengundi untuk memecat pihak pengurusan, sekurang-kurangnya secara teori. Realitinya, pelabur individu seperti anda dan saya tidak memiliki saham yang mencukupi untuk mempunyai pengaruh yang kuat ke atas syarikat. Ia sebenarnya ‘big boys’ seperti pelabur institusi yang besar atau usahawan billionaire yang membuat keputusan tersebut.

Bagi pemegang saham biasa, tidak boleh menguruskan syarikat bukanlah perkara besar yang menjadi persoalan di sini. Kepentingan menjadi pemegang saham ialah anda layak ke atas sebahagian keuntungan syarikat dan mempunyai hak tuntutan ke atas aset-aset.

Keuntungan kadang-kala dalam bentuk dividen. Lebih banyak saham yang anda miliki, lebih banyak bahagian keuntungan yang anda dapat. Tuntutan anda ke atas asset hanya relevan jika syarikat berkenaan mengalami kebankrapan. Di dalam kes pembubaran, anda akan menerima apa sahaja yang tinggal selepas kesemua pemiutang telah dibayar.

Fakta terakhir ini patut diulangi: Pentingnya bagi pemilikan saham ialah hak tuntutan ke atas asset dan pulangan pendapatan. Tanpanya sekeping kertas bercetak saham tidak bernilai sama sekali.

Satu lagi kepentingan saham ialah sifat liabiliti terhadnya, di mana bermaksud, sebagai seorang pemilik kepada sesuatu saham, anda tidak dipertanggung jawabkan secara peribadi jika syarikat tidak berupaya untuk membayar hutangnya.

Bentuk syarikat lain seperti perkongsian ditubuhkan di mana jika perkongsian tersebut mengalami bankrap, para pemiutang boleh menuntut rakan kongsi (pemegang saham) secara peribadi dan perlu menjual harta mereka seperti rumah, kereta, perabot dan sebagainya.

Memiliki saham bermaksud, walau apapun yang berlaku, nilai maksimum yang boleh anda hilang ialah nilai pelaburan anda sahaja. Malah jika sesuatu syarikat di mana anda adalah pemegang saham, mengalami bankrap, anda tidak akan sama sekali kehilangan aset peribadi.

Ingin ketahui lebih lanjut tentang saham?

Klik di sini.

Please follow and like us:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *