27/07/2021

Ahmad Hanizam

Kebebasan Kewangan Untuk Semua!

Panduan Pengurusan Kewangan

Amalan berjimat cermat perlu diamalkan memandangkan harga barang pengguna kini semakin naik. Memang terasa apabila melihat harga barang tidak menentu.

Jika sebelum ini peruntukan RM100 dapat memenuhi troli tetapi kini untuk mendapatkan barang yang sama, perlu berbelanja sebanyak RM250.

Orang ramai masih boleh berbelanja, tetapi biarlah berpada-pada. Sebaik-baiknya bertukarlah membeli produk tempatan dan mengunjungi destinasi percutian dalam negara.

Daripada membazirkan wang yang banyak untuk makan di luar, lebih baik sekiranya wang itu digunakan membeli bahan mentah dan makan di rumah.

Dengan cara ini, sambil berjimat kita dapat meningkatkan keharmonian keluarga. Selain menghakis sikap boros, obses menggunakan kad kredit juga harus dikawal.

Berikut beberapa tips pengurusan kewangan peribadi sebagai panduan untuk anda:

  • Berbelanja kurang daripada Jumlah Pendapatan Bersih – Tidak kira berapa gaji anda, jangan sesekali berbelanja melebihi pendapatan. Adalah lebih mudah untuk menyekat perbelanjaan daripada memperoleh pendapatan lebih. Berjimat walaupun sedikit boleh memberi kesan yang besar pada tabungan.
  • Rancang dan patuhi jadual perbelanjaan – Rancang perbelanjaan anda. Anda tidak akan mampu berbelanja dan menyimpan pada masa yang sama tanpa perancangan kewangan yang betul.
  • Lunaskan hutang kad kredit – Berterus-terusan mempunyai hutang kad kredit adalah satu kesilapan paling besar. Memang terlalu mudah untuk menggunakan kad kredit tetapi amat payah untuk melunaskan hutang dan akhirnya anda akan terus dibeban hutang yang BESAR!
  • Mencarum dalam pelan persaraan – Jika syarikat anda menyediakan pelan persaraan, jangan lepaskan peluang untuk mencarum. Jika tiada, pertimbangkan pelan atau skim lain yang disediakan untuk pekerja.
  • Menabung – Pastikan anda menyimpan sekurang-kurangnya lima peratus ke 10 peratus daripada gaji sebelum menyelesaikan segala bil. Cara paling baik, buat potongan secara automatik untuk akaun yang berbeza.
  • Melabur – Pastikan anda membuat pelaburan – jika masih ada wang lebih selepas mencarum untuk skim persaraan atau skim simpanan pekerja dan menabung dalam akaun simpanan.
  • Tingkatkan caruman skim kemudahan untuk pekerja – Tambah nilai caruman anda pada skim kemudahan yang disediakan untuk pekerja. Ia akan membantu anda mengurangkan pembayaran cukai dan membataskan perbelanjaan yang tidak perlu.
  • Semak liputan insurans/takaful – Ramai orang membeli insurans/takaful dengan bayaran premium yang tinggi tanpa terlebih dulu menyelidik sama ada ia perlu atau tidak. Pastikan anda mempunyai insurans/takaful secukupnya tetapi pada masa yang sama tidak membebankan kedudukan kewangan.
  • Kemas kini wasiat – Lindungi orang yang disayangi. Pastikan anda membuat wasiat tidak kira berapa sedikit pun harta anda.
  • Simpan rekod kewangan dengan baik – Jika anda tidak menyimpan semua rekod perbelanjaan, anda mungkin terlepas pandang untuk mendapatkan pengecualian cukai untuk perbelanjaan tertentu.

Anda berminat untuk merancang kewangan? Di sini caranya. 🙂

Please follow and like us: