27/07/2021

Ahmad Hanizam

Kebebasan Kewangan Untuk Semua!

Jom Melabur Unit Trust

Dari segi bahasa, dalam Bahasa Malaysia disebut “Amanah Saham” ataupun sekarang disebut “Unit Amanah”. Kalau English disebut “Unit Trust”.

Ada di sesetengah negara unit trust ni juga disebut “Mutual Fund”. Contohnya macam kat US dan Canada. Di Australia dan New Zealand pulak diaorang panggil “Managed Fund”.

Dari segi definisi, menurut Persekutuan Pengurus Pelabran Malaysia atau lebih dikenali FIMM (Federation of Investment Managers Malaysia.) :

Skim unit amanah atau “unit trust scheme – UTS” merupakan suatu bentuk pelaburan kolektif yang membolehkan pelabur-pelabur yang mempunyai ojektif pelaburan yang sama mengumpulkan wang mereka, dan kemudian dilaburkan ke dalam portfolio sekuriti atau aset lain yang diuruskan oleh profesional pelaburan.

Secara mudahnya, kita ramai-ramai masukkan duit kita kat satu dana yang diuruskan oleh suatu syarikat pengurusan dana yang dipanggil “Syarikat Pengurusan Unit Amanah” atau ringkasnya UTMC (Unit Trust Management Company).

Sekiranya anda berminat untuk tahu lebih lanjut, boleh klik di sini.

Please follow and like us: